Deutsche Bank sasar jadi salah satu pengurus kekayaan menjelang 2020

Agensi
Julai 11, 2016 08:39 MYT
Unjuran perniagaan Deutsche Bank dan bank lain di Eropah suram selepas keputusan UK keluar daripada EU dan krisis perbankan Itali.
Deutsche Bank mensasarkan untuk menjadi salah satu dari 5 pengurus kekayaan terkemuka antarabanga menjelang 2020.
Ini ditengah laporan unjuran perniagaan perbankan Eropah yang dilihat semakin suram.
Menurut laporan Bloomberg, unjuran perniagaan Deutsche Bank dan bank lain di Eropah suram selepas keputusan UK keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dan krisis perbankan Itali.
Bank tersebut dijangka akan meningkatkan jumlah pengurus kekayaan di Asia untuk meningkatkan pelanggan dengan aset dari nilai US$5 ke US$20 juta dolar.
Untuk 2016, saham Deutsche Bank telah hilang hampir separuh daripada harganya dan menurun ke paras rekod terendah pada minggu lepas.
Antara faktor yang mempengaruhi prestasi Deutsche Bank adalah denda sebanyak US$2.5 bilion dolar susulan skandal penetapan kadar faedah di UK, Libor.
Faktor lain termasuk Brexit dan kenyataan daripada dana kewangan antarabangsa.
Menurut laporan visual capitalist, Deutsche Bank adalah bank eropah terbesar di UK dan Brexit akan mengancam pendapatannya di UK.
Deutsche Bank menjana 19 peratus pendapatan kumpulan dari operasi UK.
Dana kewangan antarabangsa pada akhir jun melaporkan bank berkenaan adalah penyumbang utama kepada risiko sistemik dan ia gagal ujian tekanan di Amerika.
Harga saham Deutsche Bank mencapai tahap tertinggi pada 2007 pada lebih US$152 dolar seunit.
Pada 7 Julai, harga saham Deutsche Bank menjunam kepada lebih $US12 dolar seunit.
#Brexit #Deutsche Bank #eropah #EU #industri perbankan