Dayang Enterprise terima kontrak dari Petronas Carigali

Bernama
Mei 27, 2013 07:27 MYT
Dayang Enterprise Holdings Bhd Isnin mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Dayang Enterprise Sdn Bhd, telah dianugerahkan kontrak kerja-kerja penyelenggaraan utama oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata tempoh kontrak itu adalah untuk tempoh utama lima tahun bermula 21 Mei, 2013 dan akan berakhir 20 Mei, 2018.
Ia dijangka menyumbang positif kepada perolehan dan aset sesaham kumpulan itu untuk tempoh kontrak, katanya.
#dayang enterprise #Petronas Carigali
;