Langkah-langkah fiskal merupakan tumpuan khusus untuk Malaysia memandangkan beban hutang negara yang tinggi yang mengekang kredit, kata Moody's Investors Service.
"Oleh itu, setakat mana kerajaan baharu dapat mencapai konsolidasi defisit fiskal, penting untuk mengukur kesan terhadap metrik fiskal dan profil kredit Malaysia," katanya.
Moody's berkata demikian dalam laporan bertajuk 'Kerajaan Malaysia: Soalan Lazim mengenai implikasi kredit dasar kerajaan baharu'. Laporan ini menganalisis implikasi dasar baharu kerajaan Malaysia (A3 stabil) ke atas profil kredit negara.
Ia berkata peralihan kuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 bulan lepas daripada parti penyandang yang memimpin negara selama lebih enam dekad, memperkenalkan beberapa dasar yang tidak pasti.
Moody's berkata firma penarafan itu akan mengkaji dasar kerajaan baharu secara menyeluruh bagi mengukur kesannya terhadap profil kredit.
Sementara itu, agensi penarafan itu mengekalkan anggaran hutang kerajaan Malaysia secara langsung pada 50.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017, dan penilaian ke atas risiko liabiliti luar jangka yang ditimbulkan oleh institusi awam sektor bukan kewangan juga tidak berubah berikutan beberapa kenyataan oleh kerajaan baharu.
"Bagaimanapun layanan pentadbiran baharu ke atas projek infrastruktur besar yang akan dikaji semula namun memperoleh manfaat daripada pinjaman jaminan kerajaan terdahulu, dan baki hutang dana negara, 1Malaysia Development Bhd, akan memain peranan penting dalam menentukan risiko hasil daripada liabiliti ke atas profil kredit," katanya.
Mengenai pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Moody's berkata ketiadaan langkah penggantian fiskal yang berkesan, boleh menjurus kepada kredit negatif disebabkan pergantungan kerajaan ke atas hasil berkaitan minyak dan asas percukaian yang kecil.
Ia menganggarkan pendapatan yang hilang susulan pemansuhan cukai itu pada sekitar 1.1 peratus daripada KDNK tahun ini, walaupun beberapa keseimbangan, dan 1.7 peratus melepasi 2018; terus mengekang pengukuhan fiskal Malaysia.
Moody melihat pengenalan semula subsidi bahan api bersasar, sebagai kredit negatif memandangkan subsidi mengherotkan mekanisme penetapan harga berasaskan pasaran, dan boleh menjejaskan kedudukan fiskal serta imbangan pembayaran dan pada masa yang sama meningkatkan pendedahan hasil kerajaan kepada pergerakan harga minyak, katanya.
Mengenai prospek pertumbuhan, ia berkata perubahan kerajaan tidak akan mengubah trend pertumbuhan dalam jangka masa terdekat, katanya.
"Pemansuhan GST boleh meningkatkan penggunaan swasta dalam jangka pendek.
"Bagaimanapun, kajian semula ke atas projek-projek infrastruktur yang besar juga boleh meningkatkan pelaburan dan lebih meluas berbanding unjuran Moody's sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 13 2018
![Dasar fiskal kerajaan Malaysia penting untuk kualiti kredit, kata Moody's Dasar fiskal kerajaan Malaysia penting untuk kualiti kredit, kata Moody's](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61526260886_EkonomiBUDGET.jpg)
Moody's akan mengkaji dasar kerajaan baharu secara menyeluruh bagi mengukur kesannya terhadap profil kredit. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714696494_HamidinMohdAminK.jpg)
Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan
Ini kerana Pan-gon, yang mula mengemudi skuad kebangsaan sejak 2022, sebelum ini dengan penuh komited menyatakan mahu terus mengendalikan Harimau Malaya sehingga tamat kontraknya pada Disember 2025.
AWANI Borneo [17/07/2024] - Kebakaran awal pagi | 1.3 juta tenaga buruh | 829.4 kilometer
Awani Borneo 17 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
RM32.8 juta setahun selenggara rutin Lebuh Raya Pan-Borneo
Kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM32.8 juta setahun bagi pelaksanaan penyenggaraan rutin di Lebuh Raya Pan-Borneo secara berperingkat mengikut serahan bagi penyenggaraan selepas kontrak projek siap sepenuhnya.
38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah
Rafizi menambah pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan di Sabah juga lebih tinggi iaitu RM1,218 sebulan berbanding kadar nasional sebanyak RM1,198.
![Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi malam tadi.
Pemenang Jutawan BSN derma 10 peratus kepada gereja
Rezeki tiga bulan menabung di Bank Simpanan Nasional (BSN) berbekalkan modal 10 ribu ringgit telah menukar hidup seorang paderi kepada seorang jutawan.
RM468.7 juta projek infrastruktur basmi kemiskinan di Sabah
Rafizi berkata peruntukan sebanyak RM468.7 juta bagi 2024 telah diwujudkan bagi projek-projek infrastruktur dalam usaha mengurangkan jurang kemiskinan di lapan daerah tersebut.
60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 tenaga buruh di Sabah belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.
![Pasaran getah ditutup bercampur-campur Pasaran getah ditutup bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714826601_Penorehgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dalam keadaan prestasi kukuh pasaran niaga hadapan getah serantau.
![KPDN Pulau Pinang tahan lelaki beli petrol untuk seludup ke negara jiran KPDN Pulau Pinang tahan lelaki beli petrol untuk seludup ke negara jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719312886_minyakdiesel.jpg)
KPDN Pulau Pinang tahan lelaki beli petrol untuk seludup ke negara jiran
KPDN Pulau Pinang membongkar kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi yang kini beralih kepada petrol, dalam serbuan Ops Tiris 3.0 di sebuah stesen minyak di Sungai Rambai, di sini hari ini.
![Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993154_TBDiesel.jpg)
Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat
Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi.
![Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717850666_AmirHamzahAzizan.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan pergiat usaha tingkatkan kefahaman, elak kenaikan harga
Perkara pertama perlu diperjelas adalah permohonan skim penyasaran bahan api bagi golongan petani tidak hanya terhad kepada skim BUDI Agri-Komoditi.
![Kerajaan sasar 40 peratus tenaga diperbaharui dalam campuran bahan api negara menjelang 2035 Kerajaan sasar 40 peratus tenaga diperbaharui dalam campuran bahan api negara menjelang 2035](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716733272_TBFadillahYusof.jpg)
Kerajaan sasar 40 peratus tenaga diperbaharui dalam campuran bahan api negara menjelang 2035
Kerajaan menyasarkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 40 peratus dalam campuran bahan api negara menjelang 2035, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716304876_DrJomoKwameSundar.jpg)
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
![UK bina kemudahan bahan api nuklear berteknologi tinggi pertama di Eropah UK bina kemudahan bahan api nuklear berteknologi tinggi pertama di Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715182281_RISHISUNAKjpg.jpg)
UK bina kemudahan bahan api nuklear berteknologi tinggi pertama di Eropah
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata adalah penting bagi UK untuk membina loji pengayaan uranium untuk pasaran tenaga Eropah.
![KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715088431_MohdKhairiJamaludi.jpg)
KPDN Selangor tahan dua warga asing disyaki terlibat sindiket seleweng diesel
KPDN Selangor menahan dua lelaki warga asing yang dipercayai terlibat sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah premis di sekitar Klang pada 11.30 pagi semalam.
![Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712311098_FuziahSalleh.jpg)
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
![Capai aspirasi sifar karbon menjelang 2050, tenaga nuklear diperlukan - Agensi Nuklear Capai aspirasi sifar karbon menjelang 2050, tenaga nuklear diperlukan - Agensi Nuklear](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705405281_roslidarmawan.jpg)
Capai aspirasi sifar karbon menjelang 2050, tenaga nuklear diperlukan - Agensi Nuklear
Nuklear Malaysia tidak menolak kemungkinan bahawa penggunaan tenaga nuklear mungkin diperlukan bagi proses penjanaan tenaga menjelang 2050.