Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting

Astro Awani
Mei 15, 2024 11:15 MYT
Penggantungan itu berlaku di tengah-tengah laporan bahawa penswastaan MAHB sedang dijalankan. - Foto fail/Malaysia Airports
KUALA LUMPUR: Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini sementara menunggu satu pengumuman penting.
Menurut laporan The Edge, MAHB dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu.
MAHB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata permohonan penggantungan itu sudah diluluskan.
Penggantungan itu berlaku di tengah-tengah laporan bahawa penswastaan MAHB sedang dijalankan.
The Edge yang memetik sumber berkata perancangan itu dimulakan oleh dua pemegang saham utama MAHB.
Menurut rekod, Khazanah Nasional Berhad Berhad memegang 33.24 peratus dalam MAHB, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memegang 7.04 peratus.
Kedua pihak ini memainkan peranan penting jika usaha penswastaan dijalankan.
Menurut laporan The Edge lagi, sumber berkata Khazanah mungkin menjual kesemua pegangannya kepada KWSP yang akan mencetuskan tawaran am wajib.
Bagaimanapun laporan itu menyebut jurucakap Khazanah menafikan situasi itu.
#Bursa Malaysia #Malaysia Airports Holdings Berhad #Dagangan sekuriti
;