Dagangan Malaysia melonjak 31.4 peratus kepada RM256.9 bilion pada September 2022 - MITI

Bernama
Oktober 19, 2022 12:59 MYT
Eksport Malaysia bertambah sebanyak 30.1 peratus kepada RM144.31 bilion yang juga bulan ke-14 meraih pertumbuhan dua digit.- Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdagangan Malaysia terus mengekalkan trend peningkatan pada September 2022 apabila melonjak 31.4 peratus kepada RM256.91 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata prestasi itu merupakan bulan ke-20 berturut-turut mencatat pertumbuhan dua angka.
Selain itu, eksport bertambah sebanyak 30.1 peratus kepada RM144.31 bilion yang juga bulan ke-14 meraih pertumbuhan dua digit manakala import berkembang sebanyak 33.0 peratus kepada RM112.60 billion.
"Lebihan dagangan Malaysia turut mencatat rekod tertinggi baharu dengan meningkat sebanyak 20.9 peratus kepada RM31.71 bilion," katanya.
Jumlah tersebut adalah nilai tertinggi bagi September.
-- BERNAMA
#dagangan Malaysia melonjak #MITI #eksport malaysia #Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
;