Dagangan luar Malaysia meningkat tahun ke tahun - Jabatan Perangkaan

Astro Awani
Jun 28, 2021 12:45 MYT
Eksport yang kukuh itu bakal menyokong kepada pemulihan ekonomi Malaysia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dagangan Luar Malaysia terus tumbuh pada kadar dua digit tahun ke tahun pada Mei 2021.
Maklum Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataan pada Isnin, prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan trend peningkatan dengan jumlah perdagangan berkembang sebanyak 48.7% kepada RM170.88 bilion berbanding Mei 2020.
Eksport negara juga naik 47.3 peratus dan import naik 50.3 peratus untuk tempoh itu.
Dalam masa yang sama, lebihan dagangan pula dicatatkan pada RM13.7 bilion, naik 32.3 peratus.
Tambahnya, eksport yang kukuh itu bakal menyokong kepada pemulihan ekonomi Malaysia.
Namun seiring ketidaktentuan aktiviti ekonomi dalam negara, prestasi bulan ke bulan bagi eksport, import, jumlah dagangan dan lebihan dagangan turun masing-masing pada 12.6 peratus, 7.8 peratus, 10.4 peratus dan 32.5 peratus.
Turut dimaklumkan, selaras dengan pertumbuhan tahunan perdagangan, 200 daripada 257 kumpulan barangan untuk eksport menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
Bagi import pula, sejumlah 226 daripada 259 kumpulan merekodkan pertumbuhan positif.
#ekonomi #Malaysia #Dagangan Luar Malaysia #eksport #import #Jabatan Statistik #pemulihan Malaysia
;