Cyprus diberi tempoh tambahan sehingga 2018
Agensi
April 3, 2013 18:01 MYT
April 3, 2013 18:01 MYT
Permohonan Cyprus agar diberi tempoh tambahan sehingga 2018 untuk mencapai sasaran lebihan bajet telah diluluskan.
Ia kini hampir memuktamadkan terma rundingan berhubung perjanjian pakej dana penyelamat dengan wakil Troika yang terdiri daripada Suruhanjaya Eropah, Bank Pusat Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa.
Di bawah terma rundingan yang baru itu, Cyprus diberi tempoh selama 22 tahun, termasuk 10 tahun untuk membayar faedah pinjaman hutang yang ditetapkan pada kadar 2.5 peratus.
Tempoh yang lebih lama itu bertujuan memberi ruang kepada kerajaan Cyprus bersiap sedia sekiranya pertumbuhan ekonomi jauh lebih perlahan dari dijangka.
Ini kerana ekonomi Cyprus di dalam bahaya sekiranya ia kurang daripada sembilan peratus daripada keluaran dalam negara kasarnya.
Sebelum itu dalam rundingan awal Troika memberi sehingga tahun 2016 untuk Cyprus mencapai lebihan bajet menerusi pemotongan perbelanjaan dan peningkatan cukai.