COVID-19: IMF kemuka cadangan dana AS$50 bilion tamatkan pandemik
Astro Awani
Mei 21, 2021 06:29 MYT
Mei 21, 2021 06:29 MYT
WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kemuka cadangan dana AS$50 bilion untuk tamatkan pandemik COVID-19.
Ini bagi memvaksin sekurang-kurangnya 40 peratus populasi dunia menjelang akhir 2021 dan selebihnya menjelang separuh pertama 2022.
Bagi tujuan itu, IMF akan menyuntik AS$9 trilion ke dalam ekonomi dunia menjelang 2025, bagi mempercepat aktiviti ekonomi.
Cadangan itu dirangka Ketua Ekonomi IMF, Gita Gopinath dan pelaksanaannya akan menelan belanja AS$50 bilion.
AS$35 bilion daripada dana itu akan dibayar dalam bentuk geran oleh negara-negara kaya, dan penyumbang pelbagai pihak.
Negara G20 sebelum ini sudah mengiktiraf keperluan geran AS$22 bilion bagi menangani krisis.
IMF jangkakan satu bilion dos vaksin akan disumbangkan tahun ini, dengan tambahan satu bilion dos pada 2022.
Pandemik sudah mengorbankan lebih 3.5 juta penduduk di seluruh dunia.
IMF letakkan jangkaan pandemik ini akan tamat pada 2022 dan sekiranya tidak, ia menyumbang risiko serius kepada dunia.