Claude AI kini boleh tiru gaya penulisan pengguna
Amanz
November 27, 2024 13:20 MYT
November 27, 2024 13:20 MYT
CLAUDE AI oleh Anthropic adalah antara chatbot AI untuk penggunaan profesional.
Ringkasan AI
- Claude AI kini boleh mimik gaya penulisan pengguna, menawarkan kebebasan untuk menjana kandungan yang spesifik dan diperibadikan.
- Ciri ini tersedia untuk semua pengguna, termasuk pengguna percuma, dan menawarkan empat gaya penulisan: Normal, Concise, Explanatory, dan Formal. Pengguna juga boleh menggunakan Create & Edit Styles untuk menjana teks berdasarkan gaya penulisan mereka sendiri.
- Ciri ini berguna untuk pelbagai kegunaan seperti balasan emel yang diperibadikan dan penulisan dokumen teknikal, serupa dengan ciri yang ditawarkan oleh pelayar web Opera, Galaxy AI, dan Apple Intelligence.
Ramai yang saya kenal menggunakan Claude untuk analisis dokumen, merumuskan data, merumuskan dokumen panjang dan banyak lagi.
Seperti chatbot AI lain, Claude juga boleh menjana teks dengan pelbagai gaya penulisan. Terbaharu, ia boleh meniru gaya penulisan pengguna.
Menariknya, ciri ini ditawarkan kepada semua dan tidak dihadkan pada pengguna berbayar sahaja. Claude sedia menawarkan 4 gaya berbeza iaitu Normal, Concise, Explanatory dan Formal.
Kemudian terdapat Create & Edit Styles untuk ia menjana teks berdasarkan gaya penulisan pengguna sendiri.
Ciri baharu ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk menjana kandungan yang spesifik untuk pelbagai perkara.
Antara yang boleh dimanfaatkan adalah balasan emel yang diperibadikan agar penerima tidak rasa janggal membacanya, lain adalah menjana teks untuk dokumen teknikal dan banyak lagi.
Ciri lebih kurang sama ini sudah tersedia pada pelayar web Opera, selain turut telah ditawarkan pada telefon pintar melalui Galaxy AI atau Apple Intelligence oleh Samsung dan Apple. -Amanz