Citroen lantik Naza Euro Motors sebagai pengedar sah
Astro Awani
Januari 2, 2013 15:32 MYT
Januari 2, 2013 15:32 MYT
Pembuat kereta Perancis, Citroen melantik Naza Euro Motors sebagai pengedar sah jenamanya bagi pasaran Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2013.
Pengerusi bersama kumpulan SM Nasaruddin SM Nasimuddin dalam satu kenyataan berkata, beliau yakin permintaan untuk jenama itu di Malaysia memberangsangkan.
Melalui strategi sistematik, Naza yakin akan mampu mengetengahkan potensi jenama Citroen.
Serentak pelantikan itu, Naza akan mewujudkan cawangan pameran servis dan alat ganti 3S di Lembah Klang menjelang akhir Februari.
Naza juga bercadang memperkenalkan cawangan 3S Citroen di sebelah utara dan selatan Semenanjung Malaysia.
Bergerak ke hadapan, Naza bakal memperkenalkan beberapa model terbaru di pasaran, sementara laman web rasmi akan dilancarkan Februari ini.
Jenama Citroen yang ditubuhkan 90 tahun dahulu, terkenal dengan reputasi kecanggihan teknologi Eropah bagi kuasa enjin.