Citroen juara pengeluar WTCC
Astro Publication
Oktober 14, 2014 11:04 MYT
Oktober 14, 2014 11:04 MYT
Citroen baru sahaja memenangi kategori pengeluar bagi Kejuaraan Kereta Touring Sedunia (WTCC) sewaktu pusingan yang berlangsung di Shanghai, China. Selepas perlumbaan pertama di litar Shanghai hari itu, keempat-empat kereta lumba Citroen C-Elysee mendapat empat tempat teratas; didahului oleh Jose Maria Lopez dan diikuti oleh Ma Qing Hua, Yvan Muller dan Sebastien Loeb.
Walaupun tidak mendapat keputusan yang sebegitu cemerlang pada perlumbaan kedua yang dimulakan selang beberapa minit sahaja , pasukan Citroen masih mampu untuk mengumpul cukup markah bagi menjuarai kategori pengeluar. Juara bagi kategori pelumba masih lagi terbuka, yang sekarang ini didahalui oleh Jose Maria Lopez, kemudian Yvan Muller dan Sebastien Loeb.
Lopez boleh mendapatkan kejuaraan yang diingininya jika memenangi pusingan seterusnya di litar Suzuka (24-26 Oktober).
Walaupun sudah banyak kali menjadi juara dunia – termasuk memenangi Kejuaraan Rali Sedunia (WRC) sebanyak 8 kali – ini adalah kejuaraan dunia pertama bagi Citroen untuk perlumbaan yang diadakan di atas litar.
Nota: Ini adalah tahun pertama penyertaan Citroen di dalam WTCC, dan pertama kali menggunakan model C-Elysee. Pengeluar lain yang turut menyertai WTCC sebagai ‘works team’ adalah Honda dan Lada.