Citibank perkenal mesin perbankan pintar Citibank Express

Bernama
Januari 23, 2013 16:09 MYT
Citibank pada Rabu memperkenalkan mesin perbankan pintar Citibank Express, pengalaman perbankan generasi seterusnya yang membolehkan pelanggan melaksanakan kebanyakan urusan perbankan mereka termasuk membuka akaun.
Ketua Pegawai Eksekutif Citibank Bhd, Sanjeev Nanavati berkata Citibank Express dilengkapi dengan hubungan perbankan secara dalam talian, persidangan video dan keupayaan biometrik bagi pengesahan identiti pelanggan.
"Mesin itu juga boleh menerima cek dan mengimbas dokumen. Selain itu, pelanggan boleh menikmati antara muka pengguna baharu yang membolehkan mereka menyesuaikan hompej mereka dengan widget bagi urus niaga kegemaran mereka di Citibank Express," katanya pada majlis pelancaran Citibank Express.
Beliau berkata keupayaan untuk menubuhkan dengan pantas stesen dan menambah ciri-cirinya ketika mereka membangunkannya, adalah karakteristik penting Citibank Express.
Mesin Citibank Express pertama itu dilancarkan serentak di Singapura dan Malaysia hari ini.
#citibank #Citibank Express #Ketua Pegawai Eksekutif Citibank Bhd #Sanjeev Nanavati
;