Ciri Ask Music pada YouTube Music diperkenal, jana senarai main dengan AI

Amanz
September 13, 2024 12:20 MYT
Ciri ini menggunakan teknologi AI generatif, mungkin Gemini kerana ikon AI yang sama untuk memproses idea atau prom yang diberikan pengguna menjadi satu radio senarai main khas. -Amanz
SAYA hampir beralih ke Spotify selepas mereka mengumumkan DJ AI baharu mereka, tetapi kekal setia dengan YouTube Music kerana di Malaysia ciri DJ ini tidak ditawarkan.

Ringkasan AI
  • YouTube Music kini menawarkan ciri "Ask Music" yang menggunakan teknologi AI generatif untuk menjana senarai main berdasarkan prom teks pengguna.
  • Ciri "Ask Music" memerlukan langganan YouTube Premium dan tetapan bahasa Inggeris, dan sedang diedarkan secara berperingkat bermula dengan peranti Android.
  • Prom yang diterima adalah teks ringkas atau ayat mudah faham.

YouTube Music adalah percuma dengan langganan YouTube Premium dan terbaharu, ciri meminta AI menjana senarai main telah diperkenalkan.
Jika pada Google Photos ada Ask Photos, YouTube Music ada Ask Music.
Ciri ini menggunakan teknologi AI generatif, mungkin Gemini kerana ikon AI yang sama untuk memproses idea atau prom yang diberikan pengguna menjadi satu radio senarai main khas.
Prom yang diterima adalah teks-teks ringkas seperti "80s inspired indie", "dreamy synthpop", "saddest songs", atau ayat-ayat mudah faham.
Selepas ia menjana, lagu pertama akan terus dimainkan secara automatik dan senarai main dijana ini boleh terus disimpan ke pustaka pengguna.
Senarai main atau radio ini turut boleh dikongsi dengan orang ramai. Ciri ini dikatakan memerlukan langganan YouTube Premium dan tetapan bahasa Inggeris.
Ia boleh digunakan oleh semua orang, cuma ciri ini diedarkan secara berperingkat dari satu negara ke satu negara bermula dengan peranti Android. -Amanz
#AI Generatif #YouTube #Ask Music #Spotify
;