CIMB peroleh lesen operasi di Vietnam, cawangan pertama pada akhir tahun

Bernama
September 6, 2016 21:40 MYT
Cawangan pertama CIMB di Hanoi dijangka beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun. - Gambar fail
CIMB Bank Bhd mendapat lesen operasi daripada State Bank of Vietnam untuk menubuhkan dan mengendalikan sebuah anak syarikat 100 peratus miliknya di Vietnam.
Ini susulan kelulusan pada dasarnya pada 7 Ogos, 2015.
"Dengan kelulusan ini, CIMB akan melaksanakan pelannya untuk mewujudkan operasi di negara itu bagi menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan," menurut CIMB Group Holdings Bhd dalam kenyataan kepada Bursa hari ini.
Cawangan pertama CIMB di Hanoi dijangka beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun, katanya.
#CIMB Bank Bhd #CIMB Group Holdings Bhd #State Bank of Vietnam
;