CIMB Bank Bhd dan Lazada Malaysia (Lazada) memeterai perjanjian perkongsian bagi membolehkan peniaga Lazada memohon pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Mengikut perjanjian itu, bank tersebut menawarkan Pinjaman Bersih Perusahaan (ECL) CIMB Bank kepada peniaga Lazada untuk menyokong perluasan PKS Malaysia.
"Ia adalah usaha bersama antara CIMB Bank, dan Lazada yang merupakan portal jualan dan beli-belah dalam talian, untuk menyediakan penyelesaian holistik dan meningkatkan kemudahan bagi mengupayakan PKS tempatan mengembangkan perniagaan mereka.
"ECL khusus ini merupakan pembiayaan tanpa cagaran dengan kadar faedah yang kompetitif, menawarkan pembiayaan sehingga RM300,000 bagi setiap syarikat dengan tempoh pinjaman sehingga lima tahun," menurut kedua-duanya dalam satu kenyataan bersama.
CIMB Bank merupakan cabang perbankan pengguna CIMB Group, menawarkan perkhidmatan perbankan runcit dan komersial.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata kerjasama itu adalah satu lagi usaha untuk memenuhi perubahan dan perkembangan keperluan digital pelanggan, terutama bagi platform e-dagang.
"Selain menyumbang kepada pembangunan sektor PKS Malaysia, yang dijangka mencatat 41 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara menjelang 2020, kami turut membolehkan lebih ramai peniaga menggunakan perbankan digital.
"Ini bukan hanya dari segi perspektif jualan runcit, malah juga dari segi pembiayaan perniagaan mereka dan menggunakan peluang penasihat perniagaan kami untuk operasi peniaga melalui tawaran digital seperti 'Clicks/BizChannel', 'Plug n Pay' dan 'C@W'," katanya.
Ketua pegawai eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel berkata dengan kira-kira 12,000 penjual di portal itu, kerjasama tersebut menjadi bukti kukuh untuk membantu peniaga dalam talian berjaya.
"Perkongsian dengan CIMB Bank mengesahkan pilihan strategik Lazada telah membina ekosistem e-dagang di Malaysia.
"Ia akan membawa sinergi penting melalui penawaran pilihan kepada peniaga Lazada untuk meningkatkan perniagaan dalam talian mereka di samping memberi pilihan, kemudahan dan nilai terbaik kepada pelanggan masing-masing," katanya.
PKS yang berminat memohon ECL atau sebarang penyelesaian pembiayaan perniagaan CIMB Bank boleh menghubungi CIMB Bank di 03-2619 1463 atau layari www.cimbbank.com untuk maklumat lanjut.
Bernama
Sun Jun 19 2016
![CIMB, Lazada jalin perkongsian sokong perluasan PKS Malaysia CIMB, Lazada jalin perkongsian sokong perluasan PKS Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440074923_CIMBBANK.jpg)
Mengikut perjanjian itu, bank tersebut menawarkan Pinjaman Bersih Perusahaan (ECL) CIMB Bank kepada peniaga Lazada untuk menyokong perluasan PKS Malaysia. - EPA/Fail
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
![CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590762273_TBGCEOCIMBx.jpg)
CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Datuk Abdul Rahman Ahmad menggantikan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya untuk menyertai kerajaan.