China,Brazil meterai perjanjian tukaran matawang
Astro Awani
Mac 28, 2013 08:34 MYT
Mac 28, 2013 08:34 MYT
Pada persidangan BRICS, China dan Brazil menandatangani perjanjian pertukaran matawang bagi memperluas akses kepada sumber kewangan.
Pertukaran itu melibatkan matawang Yuan dan Brazillian Real dalam usaha mengelak risiko kadar pertukaran rasmi yang mampu menjejaskan aktiviti perdagangan.
People's Bank of China dan Bank Pusat Brazil bertindak sebagai pihak yang menguruskan pertukaran tersebut.
Ia melibatkan nilai 190 bilion yuan (RM 94.78 bilion) dan 60 bilion brazillian real (RM 92.35 bilion).
Perjanjian tiga tahun itu menandakan langkah signifikan dua negara dalam mengelak risiko pertukaran wang dan mengukuhkan hubungan dagang dua negara termasuk blok BRICS.
Ia juga dilihat melindungi aktiviti perdagangan yang didominasi matawang Dolar dan Euro.
Perdagangan kedua negara berkembang dari $6.68 bilion (RM 20.72 bilion) pada 2003 kepada $75.46 bilion (RM 234.01 bilion) pada 2012.