Chile akan dijadikan hab bagi kemasukan kereta Proton ke pasaran Amerika Latin, kata Duta Besar Malaysia ke negara itu, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahya.
Beliau berkata satu mesyuarat yang diadakan minggu lepas antara kedutaan di Santiago dengan Persekutuan Teksi Chile, akan terus meningkatkan permintaan bagi kereta Proton.
Ini terutamanya bagi model Saga yang mungkin digunakan sebagai teksi di Chile.
"Persekutuan teksi sedang mengkaji usaha itu," katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan.
Proton kembali ke Chile pada Mei tahun ini dan dijangka menjual ribuan model Preve, Exora dan Saga menjelang akhir tahun.
Andesmotor, sekutu syarikat terkenal Kauffman Group, adalah ejen pengedaran bagi Proton di Chile.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Mohd Rameez berkata Proton menyerahkan Proton Exora 1.6 Supreme kepada kedutaan minggu lepas, sebagai sebahagian daripada kerjasama untuk mempromosikan Malaysia dan pelancongan kepada warga Chile dan negara itu.
Proton Exora berkenaan dihiasai pelekat yang menggambarkan tempat-tempat menarik di Malaysia di samping lambang 'Melawat Malaysia' serta Menara Kembar Kuala Lumpur, untuk memastikan promosi itu dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif.
"Kereta itu juga dipamerkan semasa promosi pelancongan Malaysia dan ASEAN di Santiago.
"Melalui usaha mempromosi Malaysia secara inovatif, selain daripada penjimatan kos bagi kerajaan, (ia) akan membantu mempromosikan Proton kepada rakyat Chile," kata Mohd Rameez.
Beliau berkata langkah itu juga boleh membantu meningkatkan lagi perdagangan, pelancongan dan hubungan rakyat dengan rakyat antara Malaysia dan Chile.
Bernama
Wed Jun 29 2016
![Chile bakal jadi hab kereta Proton ke Amerika Latin Chile bakal jadi hab kereta Proton ke Amerika Latin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71440386157_950x600.jpg)
Model Proton Saga mungkin digunakan sebagai teksi di Chile. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Chile sertai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ Chile sertai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706305628_TBICJ.jpg)
Chile sertai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ
Chile telah memutuskan untuk menyokong dan menyertai tuntutan yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702135893_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Perubahan iklim, El Nino punca kebakaran hutan Chile Perubahan iklim, El Nino punca kebakaran hutan Chile](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707273607_TBwildfires.jpg)
Perubahan iklim, El Nino punca kebakaran hutan Chile
Perubahan iklim dan fenomena El Nino adalah kunci orang ramai perlu tahu bahawa kebakaran hutan di Chile yang meragut nyawa 131 orang dalam sejarah bencana alam terburuk di Chile.
![Kerajaan, pemimpin Amerika Latin ucap takziah pemergian Sebastian Pinera Kerajaan, pemimpin Amerika Latin ucap takziah pemergian Sebastian Pinera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707274652_tbhelicoptercrash.jpg)
Kerajaan, pemimpin Amerika Latin ucap takziah pemergian Sebastian Pinera
Kerajaan dan para pemimpin di seluruh Amerika Latin menzahirkan ucapan takziah atas kematian bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera dalam nahas helikopter.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Argentina Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Argentina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694062112_TBearthquake.jpg)
Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Argentina
Gempa bumi dilapor dirasai di bahagian tengah dan selatan negara jiran Chile.
![5 maut, helikopter tentera udara Chile terhempas 5 maut, helikopter tentera udara Chile terhempas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-08/41470658973_Helicopter.jpg)
5 maut, helikopter tentera udara Chile terhempas
Lima anggota Tentera Udara Chile terbunuh dalam nahas sebuah helikopter di selatan negara itu Isnin malam.
![Chile lulus RUU waktu bekerja 40 jam seminggu Chile lulus RUU waktu bekerja 40 jam seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647062533_PresidenChileGabr.jpg)
Chile lulus RUU waktu bekerja 40 jam seminggu
Ahli Parlimen Chile meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk mengurangkan waktu bekerja daripada 45 jam kepada 40 jam seminggu.
![Speedy Tigers tak rela cicir mata berdepan Chile Speedy Tigers tak rela cicir mata berdepan Chile](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673823302_HafizuddinOthman.jpg)
Speedy Tigers tak rela cicir mata berdepan Chile
Katanya, untuk pergi lebih jauh, Malaysia perlu menundukkan Chile apabila kedua-dua pasukan bertembung hari ini.
![Chile ratifikasi CPTPP, peluang besar untuk perniagaan Malaysia - Tengku Zafrul Chile ratifikasi CPTPP, peluang besar untuk perniagaan Malaysia - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671927927_TENGKUZAFRUL.jpg)
Chile ratifikasi CPTPP, peluang besar untuk perniagaan Malaysia - Tengku Zafrul
Perjanjian itu akan berkuat kuasa untuk Chile, sebuah negara di bahagian barat Amerika Selatan, pada 21 Feb 2023.