Chery yang pertama terima pengesahan SIRIM untuk bateri kereta elektrik

Amanz
Disember 22, 2024 07:00 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn Bhd Nur Fadhilah Muhammad menyampaikan sijil kepada Presiden Chery Malaysia Leo Chen. - Foto Amanz/Chery
CHERY Malaysia kini mengumumkan mereka telah memperoleh persijilan SIRIM untuk penawaran bateri kenderaan elektrik mereka, sekaligus menjadikan Chery yang pertama di Malaysia dengan persijilan seumpamanya.
Chery mengatakan persijilan SIRIM ini turut mengesahkan yang mana kenderaan elektrik Chery hadir dengan bateri yang diyakini selamat serta melepasi kualiti tinggi yang ditetapkan.
Pada masa yang sama, ini juga turut lebih meyakinkan para pengguna tempatan dalam mendapatkan kenderaan Chery.
Chery pada hari ini hanya menawarkan satu kenderaan elektrik sahaja di Malaysia, iaitu OMODA E5 pada harga RM146,800.
Ia dikuasakan bateri 61kWh lithium-iron phosphate, dengan jarak pemanduan mencapai 430km.
Selain untuk bateri kenderaan ini, Chery turut mengatakan mereka akan terus mendapatkan persijilan SIRIM untuk penawaran kenderaan akan datang di Malaysia tidak lama lagi.
#Chery Malaysia #Sirim #kenderaan elektrik #bateri EV
;