Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Amanz
Januari 26, 2025 15:00 MYT
Januari 26, 2025 15:00 MYT
PERPLEXITY baru-baru ini telah mengemas kini aplikasi mereka, memudahkan pengguna setia untuk mengakses ciri AI yang dibawakan pada peranti Android. Jika anda tidak meminati Google Assistant atau Gemini, Perplexity kini boleh dijadikan sebagai pembantu digital lalai anda.
Ringkasan AI
- Perplexity telah mengemas kini aplikasi mereka, membolehkan pengguna Android menjadikannya sebagai pembantu digital lalai menggantikan Google Assistant atau Gemini.
- Pengguna boleh mengaktifkan Perplexity sebagai pembantu lalai melalui tetapan aplikasi dan menyerunya dengan menekan dan menahan butang kuasa atau menggunakan gestur dari penjuru bawah skrin.
- Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Buka sahaja tetapan aplikasi Perplexity dalam peranti Android, tatal ke bawah dan cari Enable Assistant.
Kemudian anda boleh pilih Perplexity sebagai pembantu lalai. Anda kemudian boleh menyeru Perplexity dengan tekan dan tahan butang kuasa (jika telah ditetapkan) atau juga dengan gestur dari penjuru bawah skrin.
Memandang Perplexity turut telah menyokong ciri perbualan, anda boleh berbual dengan Perplexity untuk melakukan carian.
Bagi yang tidak tahu, Perplexity adalah antara perkhidmatan AI generatif yang memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI. -Amanz