Celcom tidak akan terlibat dengan perang harga

Bernama
April 13, 2017 17:25 MYT
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan bercakap kepada pemberita kepada pemberita pada pelancaran GBshare oleh Celcom First di sini, hari ini. - Foto Celcom Axiata Bhd.
Celcom Axiata Bhd tidak akan terlibat dalam perang harga dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Operasi Perniagaan, Azwan Khan Osman Khan.
Beliau berkata, jika persaingan menjadi terlalu agresif dari segi harga, syarikat itu mungkin perlu menyelaraskan harganya bagi menyamai pesaing.
"Kami akan bersaing dari segi kualiti perkhidmatan," katanya kepada pemberita pada pelancaran GBshare oleh Celcom First di sini, hari ini.
GBshare menawarkan pelan Internet terbesar tanpa kerumitan dan bersama dengan pascabayar utama Celcom, Celcom First, dan disokong oleh aplikasi Pascabayar MyCelcom.
GBshare boleh diperoleh dengan Celcom First Gold Plus, RM98 (40GB) dan pelanggan boleh mendaftar dengan 2 talian GBshare sehingga 44GB perkongsian Internet mudah.
Untuk Celcom FIRST Platinum, RM150 (60GB), pelanggan boleh mendaftar dengan dua talian GBshare atau sehingga maksimum 5 talian GBshare dan berkongsi sehingga 70GB dengan lima ahli keluarga.
Setiap talian GBshare ditawarkan pada RM48, disertakan dengan tambahan 2GB Internet yang akan ditambah kepada jumlah kuota bulanan kumpulan.
Talian GBshare juga termasuk panggilan tanpa had untuk aplikasi Whatsapp dan WeChat.
Kuota Internet untuk GBshareTM boleh diguna setiap masa dan setiap hari.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, GBshare bersama aplikasi Pascabayar MYCELCOM menawarkan pelanggan kawalan penuh akaun dan penggunaan Inrnet, di mana sahaja tanpa mengira masa.
Celcom, ditubuhkan pada 1988 adalah penyedia rangkaian data terkemuka Malaysia dengan hampir 11 juta pelanggan.
--BERNAMA
#Azwan Khan Osman Khan #Celcom Axiata Bhd #Celcom First #telekomunikasi
;