CC Puan Dilantik CEO baharu Packet One

Bernama
Jun 5, 2013 20:56 MYT
Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Green Packet Bhd Group CC Puan akan menerajui Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) sebagai CEO baharu, menggantikan Michael Lai yang meninggalkan syarikat itu atas sebab peribadi.
Puan akan mengambil alih sebagai CEO P1 mulai 1 Julai, 2013, kata syarikat itu dalam satu kenyataan Rabu.
P1 berkata Lai amat dihormati atas sumbangannya kepada industri maklumat dan komunikasi di dalam dan luar negara.
Puan telah menjalankan tugas sebagai pemangku ketua pegawai operasi P1 semenjak Januari tahun ini.
"Sebagai pengasas syarikat ini, saya lebih komited untuk melihat P1 berjaya dan akan menjalankan tugas sebagai CEO P1 untuk membentuk masa depan P1 secara langsung," kata beliau.
#michael lai #P1
;