Caj terhadap peniaga tidak mampu tampung kos selenggara R&R

Bernama
Mac 16, 2015 16:08 MYT
Kutipan caj yang dikenakan PLUS terhadap peniaga gerai makan di kawasan R&R tidak mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan. - Gambar Fail
Hasil kutipan caj yang dikenakan PLUS Malaysia Berhad terhadap peniaga gerai makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) tidak mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan kemudahan di kawasan berkenaan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jumlah yang diperlukan ialah RM30 juta setahun manakala perolehan daripada caj tersebut hanya RM2.3 juta pada 2013 dan RM2.4 juta pada 2014.
Beliau menjelaskan caj tiga peratus itu adalah bagi menggantikan kos kenaikan sewa tetap ruang niaga, yang jumlahnya bergantung kepada hasil jualan setiap gerai.
"Kadarnya telah dipersetujui bersama antara para pengusaha gerai dan PLUS," katanya menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) mengenai hasil daripada kutipan caj ke atas peniaga di R&R.
#Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin #Parlimen #R&R
;