Cadangan peruntukan RM18 bln bukti komitmen kerajaan, Petronas bangunkan RAPID

Bernama
Oktober 23, 2015 22:06 MYT
Bagi memperkasakan amanah diberi Kerajaan Persekutuan, JPDC akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi pelaksana demi memastikan kelancaran projek. - Foto JPDC
Cadangan peruntukan RM18 bilion bagi projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) merupakan satu komitmen jelas pihak Petronas dan kerajaan dalam membangunkan projek itu.
Johor Petroleum Development Corp Bhd (JPDC) dalam satu kenyataan, menyifatkan cadangan dalam Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini, pastinya menjadi suntikan bagi usaha pembangunan projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) selain memberi manfaat besar kepada rakyat Johor serta Malaysia amnya.
"Bagi memperkasakan amanah diberi Kerajaan Persekutuan, JPDC akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi pelaksana demi memastikan kelancaran projek-projek infra sedang dan akan dilaksanakan manakala projek RAPID dan PIPC berjalan sepertimana dirancangkan," kata JPDC.
Selain itu, JPDC turut menyifatkan cadangan peruntukan RM4.8 bilion kepada 545 institusi latihan teknikal dan vokasional (TVET) dapat mengatasi kekurangan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi bagi pembangunan sektor hiliran minyak dan gas di Pengerang.
Sebelum ini, pusat TVET awam terpaksa menggunakan peralatan-peralatan lama bagi melatih pelajar-pelajar mereka terutamanya melibatkan modul-modul berkaitan minyak dan gas, kata agensi itu.
"Peruntukan RM585 juta bagi 2016 sememangnya tepat bagi pusat-pusat latihan TVET awam mendapatkan peralatan latihan baharu selaras peningkatan teknologi terkini bidang minyak dan gas.
"Ia juga dapat melahirkan lebih ramai pelajar teknikal berkemahiran tinggi yang diperlukan majikan sekttor itu," katanya.
Mengulas cadangan peruntukan RM350 juta untuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), JPDC berkata ia membantu lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mengikuti pengajian bidang kemahiran
##Bajet2016 #Bajet 2016 #Budget 2016 #Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang #Najib Razak #Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia #PPIC #RAPID
;