Cadangan penggabungan Celcom-Digi diterima secara rasmi oleh MCMC

Bernama
November 24, 2021 16:49 MYT
Digi berkata penyelesaian cadangan penggabungan itu, antara lainnya, akan tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta pemegang saham Axiata dan Digi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Cadangan penggabungan antara DiGi.Com Bhd (Digi) dan Celcom Axiata Bhd (Celcom) telah diterima secara rasmi dan kini menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat telekomunikasi itu berkata Digi telah mengadakan perbincangan dengan MCMC bagi memulakan proses penilaian penggabungan selaras dengan garis panduan suruhanjaya itu mengenai penggabungan dan pengambilalihan.
"Permohonan penggabungan itu telah diterima secara rasmi oleh MCMC untuk penilaiannya mengikut garis panduan tersebut," kata Digi.
Syarikat telekomunikasi itu juga berkata penyelesaian cadangan penggabungan itu, antara lainnya, akan tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta pemegang saham Axiata dan Digi.
-- BERNAMA
#celcom #Digi #penggabungan #MCMC
;