Caas meterai perjanjian untuk R&D pengurusan trafik udara
Bernama
November 21, 2012 14:18 MYT
November 21, 2012 14:18 MYT
Pihak Berkuasa Penerbangan Sivil Singapura (Caas) telah memeterai empat perjanjian usaha sama asas dengan organisasi-organisasi Amerika dan Eropah.
Perjanjian-perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 19 dan 20 Nov pada Persidangan Antarabangsa Navigasi Udara Organisasi Penerbangan Sivil di Montreal, Kanada.
Empat perjanjian tersebut adalah Kenyataan Hasrat dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Memorandum Persefahaman dengan MITRE Corporation; Memorandum Persefahaman dengan SESAR Joint Undertaking dan satu lagi MoU dengan Airbus ProSky.