bzBee Consult raih anugerah Campaign of the Year, empat emas di MPRA 2023
Astro Awani
Disember 3, 2023 12:37 MYT
Disember 3, 2023 12:37 MYT
KUALA LUMPUR: Agensi komunikasi strategik Bumiputera, bzBee Consult Sdn Bhd menerima anugerah ‘Campaign of the Year’ MPRA 2023 melalui kempen ‘Rainforest World Music Festival: The Comeback Stronger Brand Story’ yang turut memenangi Anugerah Emas dalam kategori Product Brand Development Award (B2C).
Agensi ini juga membawa pulang empat Anugerah Emas MPRA2023, yang berlansung di Hotel Aloft, Kuala Lumpur Sentral, baru-baru ini.
Edisi ke-15 anugerah MPRA 2023 dianjurkan oleh Persatuan Hubungan Awam dan Komunikasi (PRCA) Malaysia.
Penganugerahan ini dianjurkan setiap tahun, sebagai satu penghormatan serta penghargaan kepada pengamal perhubungan awam dalam pelbagai kempen yang cemerlang dan kreatif, termasuk pengamal-pengamal dari agensi dan pengamal perhubungan awam ‘in-house.’
Dengan kejayaan ini, bzBee Consult membuktikan bahawa syarikat Bumiputera mampu bersaing malah setanding dengan syarikat-syarikat perhubungan awam multinasional.
BzBee memperoleh kejayaan dalam kategori berikut:
i. Product Brand Development Award (B2C) – Rainforest World Music
Festival: The ‘Comeback Stronger’ Brand Story;
ii. Employee Communication Award – From Dissent to Connection: An
EmployeeCommunication Scenario;
iii. Crisis or Issue Management Award – Averting Crisis: ‘Turning Dissent
Through Effective Engagement’; dan
iv. Sustainability Award – Sarawak Rainforest World Music Festival: A
Compelling Comeback Story of Sustainability.
Menurut pengasas dan Pengarah Urusan bzBee Consult, Prof Mohd Said Bani CM Din: "Penganugerahan ini adalah satu penghormatan bagi kami dan mencerminkan dedikasi kakitangan bzBee untuk sentiasa mempamerkan kreativiti dan kecemerlangan dalam setiap kempen yang diceburi.”
Beliau berkata, anugerah ‘Campaign of the Year MPRA2023’ yang amat berprestij ini dan juga empat Anugerah Emas yang diperolehi membuktikan kekuatan dan kredibiliti agensi Bumiputera dalam menghasilkan karya penulisan dan kempen komunikasi yang memenepati kehendak klien serta kumpulan sasar untuk memberi impak ketara dalam dunia perhubungan awam.
Kempen "Rainforest World Music Festival: The ‘Comeback Stronger’ Brand Story" menekankan inisiatif dan usaha Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dalam memperkenalkan semula jenama ‘Rainforest World Music Festival 2023’ sebagai jenama yang bukan sahaja satu festival musik antarbangsa, malah jenama yang mengutamakan pelbagai aspek kelestarian.
Hampir 20,000 pengujung festival dari seluruh dunia dan 199 pemuzik telah menyemarakkan Sarawak Cultural Village dan memberi sokongan kepada usaha dan komitmen STB dalam aspek kelestarian.
Sejak penubuhannya pada tahun 2010, bzBee Consult terus berusaha ke arah kecemerlangan dan telah menerima pelbagai anugerah termasuk anugerah MPRA secara konsisten setiap tahun.
Pada Awal tahun ini, Mohd Said Bani juga telah memenangi Anugerah ‘Asia-Pacific Best Public Relations Leader’ 2022 yang dianugerahkan oleh World Communication Forum Association (WCFA), Davos Switzerland.
Malah, beliau juga telah dilantik sebagai salah seorang juri bagi Davos Communications Awards 2023 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.