BYD bakal lancar lori pikap elektrik tahun Ini
Amanz
April 5, 2024 12:40 MYT
April 5, 2024 12:40 MYT
BYD, salah satu pengeluar kenderaan elektrik dari China, hari ini mengumumkan bakal memperkenalkan lori pikap elektrik tahun ini, dan dipasarkan pada peringkat global.
Kenderaan baharu ini dijangka akan diposisikan untuk bukan sahaja bersaing dengan Tesla Cybertruck, tetapi juga dengan kenderaan seperti Toyota Hilux.
Ia juga dijangka mempelbagaikan lagi penawaran di bawah BYD, memberikan variasi pilihan kenderaan dibawah tenaga baharu mengikut keperluan dan cita rasa pengguna.
Buat masa ini, BYD hanya berkongsi gambar kenderaan yang diliputi warna biru dan jingga sahaja, tanpa berkongsi lanjut berkenaan spesifikasi, harga dan juga maklumat teknikal berkaitan dengan kenderaan ini buat masa ini. -Amanz