Bursa AS tinggi, pasaran buruh stabil

Astro Awani
Februari 4, 2021 07:37 MYT
Pada penutup, indeks Dow Jones naik lebih 332 mata, S&P 500 naik 41 mata dan Nasdaq naik 167 mata. - Gambar hiasan
SAHAM di Bursa Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi pada Khamis susulan laporan korporat yang baik dan pasaran buruh yang semakin pulih.
Dalam masa yang sama, harapan terhadap Pelan Rangsangan Amerika yang akan diluluskan turut membantu pasaran.
Terkini, Jabatan Buruh AS melaporkan penurunan dalam permohonan bantuan pengangguran pada minggu lepas.
Pihak berkuasa turut mengurangkan lebih banyak sekatan ke atas perniagaan susulan penularan COVID-19.
Dalam masa yang sama, Amerika dijangka melaporkan penambahan 50,000 pekerjaan pada Januari.
Pada penutup, indeks Dow Jones naik lebih 332 mata, S&P 500 naik 41 mata dan Nasdaq naik 167 mata.
Sementara itu, saham Gamestop dan AMC mencatatkan kejatuhan selepas Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen dan pemantau pasaran kewangan menyatakan akan cuba memahami apa yang mengakibatkan ketidaktentuan sebelum mengambil sebarang tindakan.
Ebay dan Pay Pal turut melaporkan peningkatan perbelanjaan dalam talian ketika musim perayaan.
#AS #COVID-19 #Dow Jones #S And P #Nasdaq #GameStop #pelan rangsangan #bantuan pengangguran #sekatan #pekerjaan #perbelanjaan dalam talian
;