Bursa AS tinggi, Dow Jones cecah paras rekod

Astro Awani
Februari 16, 2021 05:43 MYT
Indeks utama di Wall Street terus meningkat ke paras rekod, dengan Dow Jones naik ke paras 31,522 mata. - REUTERS
NEW YORK: Saham di Wall Street mencatat peningkatan selari dengan saham global susulan peningkatan vaksinasi dan jangkaan Pelan Rangsangan Amerika Syarikat (AS) yang semakin hampir diluluskan.
Kedua elemen ini dijangka meningkatkan pemulihan ekonomi susulan sekatan aktiviti selama setahun.
Presiden AS, Joe Biden yakin negara akan melepasi sasaran 100 juta divaksin dalam masa 100 hari.
Menurut laporan Reuters, antara yang turut meningkat adalah nilai Bitcoin yang naik melepasi paras AS$50,000 seunit untuk kali pertama.
Indeks utama di Wall Street terus meningkat ke paras rekod, dengan Dow Jones naik ke paras 31,522 mata.
Indeks S&P 500 dan Nasdaq ditutup rendah selepas didagang mencecah paras rekod.
Pelabur menjangka pelan rangsangan AS$1.9 trilion yang dicadangkan Biden akan meningkatkan perbelanjaan dan kadar inflasi di ekonomi terbesar dunia itu.
Dalam masa yang sama, harga minyak meningkat susulan cuaca sejuk di selatan Amerika yang memaksa penutupan telaga dan pusat penapisan.
Harga minyak mentah Brent naik 5 sen ke paras AS$63.35 setong.
#AS #presiden #harga minyak #Joe Biden #Dow Jones #Pelan Rangsangan Amerika #vaksinasi #Bitcoin
;