KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat secara sederhana dalam dagangan awal pada Isnin untuk meneruskan dagangan pada paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan apabila minat belian terus mendominasi pasaran tempatan, disokong oleh musim pelaporan pendapatan yang akan datang.
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 0.24 mata kepada 1,533.79 daripada 1,533.55 pada Jumaat lepas.
Indeks utama dibuka rendah 0.20 mata kepada 1,533.35.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 178 berbanding 158 manakala 293 kaunter tidak berubah, 1,669 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 246.41 juta unit bernilai RM55.58 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi sejak Jun 2022 berikutan belian oleh dana asing yang berterusan.
"Berdasarkan pasaran AS menghadapi pelbagai cabaran, difahami apabila beberapa dana akan memasuki rantau ini untuk mendapatkan kestabilan.
"Kami mendapati penyertaan runcit kekal rendah dan akan meningkat pada minggu ini apabila semua orang kembali bekerja. Pada hari ini, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,535-1,545," katanya kepada Bernama.
Wall Street susut apabila data inflasi lebih tinggi daripada jangkaan menyebabkan peniaga berasa bimbang dengan kemungkinan Rizab Persekutuan akan menangguhkan penurunan kadar.
Dow Jones Index Average merosot 145 mata manakala Nasdaq berkurangan 130 mata berikutan hasil 10 tahun AS meningkat sedikit kepada 4.281 peratus.
Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pihaknya menjangka peniaga mencari peluang dalam syarikat yang berkembang dari segi asas dalam Malaysia ke arah musim pelaporan pendapatan korporat.
"Kami memilih sektor pengguna serta minyak dan gas. Sementara itu, perkara seperti potensi pelaksanaan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan beberapa projek pembinaan dijangka memberi prospek baik kepada sektor pembinaan, hartanah, utiliti dan tenaga boleh baharu.
"Gesaan kepada cadangan mereka bentuk, melaksana dan mengekalkan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional pada tahun lepas boleh menjangkakan minat dagangan dalam sektor teknologi berikutan lebih 10 syarikat telah mengemukakan cadangan mereka," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL naik tiga sen kepada RM2.21, KLK meningkat 20 sen kepada RM22.74 dan YTL Power menambah dua sen kepada RM3.84.
Maybank berkurangan dua sen kepada RM9.41 dan Petronas Chemicals merosot tiga sen kepada RM6.85.
Bagi saham aktif, TWL, Pan Malaysia dan Destini, masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen, 14 sen dan 5.0 sen.
Hong Seng naik setengah sen kepada 2.5 sen dan Minetech menambah satu sen kepada 20 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 4.12 mata kepada 11,409.38, Indeks FBMT 100 naik 1.17 mata kepada 11,054.77 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 7.05 mata kepada 11,465.54.
Indeks FBM 70 merosot 0.81 mata kepada 15,400.00 dan Indeks FBM ACE susut 0.86 mata kepada 4,904.43.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 22.42 mata kepada 17,194.13, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.53 mata kepada 175.58, Indeks Perladangan menambah 13.70 mata kepada 7,267.93 dan Indeks Tenaga meningkat 0.38 mata kepada 895.46.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan peniaga mencari peluang dalam syarikat yang berkembang dari segi asas dalam Malaysia ke arah musim pelaporan pendapatan korporat. - Gambar hiasan
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.