Bursa Malaysia tutup sempena cuti umum Hari Pekerja, Wesak

Bernama
April 26, 2023 19:11 MYT
Bursa itu dalam satu kenyataan berkata operasinya akan disambung semula pada 2 Mei, 2023 (Selasa) dan 5 Mei, 2023 (Jumaat). - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 1 Mei, 2023 (Isnin) dan 4 Mei, 2023 (Khamis) bersempena dengan cuti umum Hari Pekerja dan Hari Wesak.
Bursa itu dalam satu kenyataan hari ini berkata operasinya akan disambung semula pada 2 Mei, 2023 (Selasa) dan 5 Mei, 2023 (Jumaat).
--BERNAMA
#Bursa Malaysia #Hari Pekerja #Wesak #tutup operasi
;