KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia hampir mendatar semasa awal dagangan pada Jumaat berikutan pasaran secara keseluruhannya suram, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang negatif dalam tempoh semalaman.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.14 mata kepada 1,633.95 daripada 1,633.81 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks itu dibuka 0.25 mata lebih tinggi kepada 1,634.06.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 328 berbanding 149, manakala 338 kaunter tidak berubah, 1,643 kaunter tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 238.69 juta unit bernilai RM137.88 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pembetulan berterusan di Wall Street mungkin mengakibatkan turun naik yang ketara di rantau ini dan indeks penanda aras tersebut dijangka berada dalam julat kecil di antara 1,630 dengan 1,640 hari ini.
"FBM KLCI ditutup (hampir) mendatar pada Khamis dan dapat kekal di atas paras penting 1,630 susulan aktiviti belian pada minit-minit terakhir. Keadaan pasaran nampaknya kekal kukuh, dengan kami menjangkakan pembelian saham berterusan," katanya.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM10.12, Press Metal menambah sembilan sen kepada RM5.59, Hong Leong Bank dan YTL Corp masing-masing meningkat empat sen kepada RM19.04 dan RM3.64, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM14.44 dan RM6.34, manakala Public Bank susut satu sen kepada RM4.24 dan CIMB turun dua sen kepada RM7.13.
Antara kaunter paling aktif, Sarawak Consolidated naik dua sen kepada 30 sen, Sin-Kung Logistics dan Ahmad Zaki Resources masing-masing menokok setengah sen kepada 18 sen dan 34 sen, Haily Group melonjak 6.5 sen kepada 83.5 sen, IFCA MSC naik dua sen kepada 80 sen, Dataprep tidak berubah pada 23 sen dan MYEG turun setengah sen kepada 99.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 12.65 mata kepada 12,663.77, Indeks FBMT 100 kurang 9.56 mata kepada 12,237.12, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 21.83 mata kepada 13,031.46, Indeks FBM 70 merosot 53.29 mata kepada 18,923.41 dan Indeks FBM ACE turun 14.14 mata kepada 5,984.96.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 11.98 mata kepada 17,988.25, Indeks Tenaga turun 1.24 mata kepada 971.02, Indeks Perladangan naik 12.27 mata kepada 7,113.67 serta Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.12 mata kepada 196.95.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
![Bursa Malaysia hampir mendatar pada awal dagangan Bursa Malaysia hampir mendatar pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.14 mata kepada 1,633.95 daripada 1,633.81 ketika ditutup pada Khamis.
![Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721627213_tbAwangBemee.jpg)
Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan.
[TERKINI] Kerajaan sasar kurangkan pinjaman bersih kepada RM86 bilion tahun ini
Kerajaan komited kurangkan pinjaman bersih atau hutang baharu sebagai langkah jangka pendek tingkatkan keupayaan kewangan negara.
![Microsoft perkenal perisian khusus untuk atasi masalah Crowdstrike pada Windows Microsoft perkenal perisian khusus untuk atasi masalah Crowdstrike pada Windows](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721531748_tbcrowdstrikelogo.jpg)
Microsoft perkenal perisian khusus untuk atasi masalah Crowdstrike pada Windows
Perisian berkenaan boleh dimuat turun secara percuma melalui Microsoft Download Center.
![Pelaksanaan pasport 10 tahun kini pada fasa akhir - Saifuddin Nasution Pelaksanaan pasport 10 tahun kini pada fasa akhir - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721627326_tbSaifuddinNasution.jpg)
Pelaksanaan pasport 10 tahun kini pada fasa akhir - Saifuddin Nasution
Pelaksanaan pengeluaran pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun kini berada dalam fasa akhir.
![Rusuhan Bangladesh: “Jangan tokok tambah kata Wisma Putra tak buat apa-apa” - Mohamad Rusuhan Bangladesh: “Jangan tokok tambah kata Wisma Putra tak buat apa-apa” - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721631263_MohamadHasanrusuh.jpg)
Rusuhan Bangladesh: “Jangan tokok tambah kata Wisma Putra tak buat apa-apa” - Mohamad
Mohamad menempelak pihak yang menuduh kerajaan tidak buat apa-apa bagi membantu pelajar terperangkap di dalam rusuhan di Bangladesh.
AWANI Ringkas: Unit forensik jumpa kunci kereta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bella Hadid upah peguam saman Adidas Bella Hadid upah peguam saman Adidas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721620624_tbBellaHadid.jpg)
Bella Hadid upah peguam saman Adidas
Supermodel Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
![Mahkamah tolak permohonan DNAA Najib, Mohd Irwan Mahkamah tolak permohonan DNAA Najib, Mohd Irwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680501625_NajibIrwan.jpg)
Mahkamah tolak permohonan DNAA Najib, Mohd Irwan
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib dan Mohd Irwan Serigar supaya dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dari tuduhan pecah amanah RM6.6 bilion.
![LHDN digesa tingkat kecekapan bantu kerajaan tambah hasil negara LHDN digesa tingkat kecekapan bantu kerajaan tambah hasil negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721630406_TBAnwarIbrahim.jpg)
LHDN digesa tingkat kecekapan bantu kerajaan tambah hasil negara
Anwar berkata, LHDN berperanan besar dalam memastikan kelangsungan kewangan Malaysia di masa hadapan.
![Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit - PM Anwar Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721630187_TBAnwarIbrahim.jpg)
Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit - PM Anwar
Kerajaan ingin terus memberi fokus mengenai penjelasan rasionalisasi subsidi diesel kepada rakyat terlebih dahulu.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.41 mata kepada 1,633.14 daripada 1,636.55 pada Jumaat lepas.
![Bursa Malaysia hampir mendatar pada awal dagangan Bursa Malaysia hampir mendatar pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia hampir mendatar pada awal dagangan
Indeks utama Bursa Malaysia hampir mendatar semasa awal dagangan pada Jumaat berikutan pasaran secara keseluruhannya suram.
![Aliran masuk asing, potensi AS turun kadar faedah pacu lonjakan ringgit - Ahli ekonomi Aliran masuk asing, potensi AS turun kadar faedah pacu lonjakan ringgit - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670502976_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Aliran masuk asing, potensi AS turun kadar faedah pacu lonjakan ringgit - Ahli ekonomi
Pelabur asing juga kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu kedua berturut-turut dengan belian bersih berjumlah RM478.2 juta, minggu lepas.
![Bursa Malaysia ditutup rendah Bursa Malaysia ditutup rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun semalam apabila pasaran serantau ditutup bercampur-campur.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya berikutan sentimen dagangan yang berhati-hati susulan prestasi Wall Street semalaman.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan sokongan belian asing yang berterusan, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.
![Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721022527_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.