KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan dalam jajaran kecil memandangkan pelabur mengambil langkah berhati-hati di tengah prestasi negatif di seluruh rantau ini, kata penganalis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.01 mata atau 0.12 peratus, kepada 1,555.25 daripada 1,553.24 semasa ditutup pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.17 mata kepada 1,551.07 dan bergerak antara 1,547.96 dan 1,555.97 sepanjang sesi dagangan.
Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 563 berbanding 482, dengan 493 kaunter tidak berubah, 782 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.04 bilion unit bernilai RM2.68 bilion berbanding 3.36 bilion unit bernilai RM2.68 bilion semalam.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, pasaran serantau turut terkesan dengan petunjuk negatif daripada Wall Street dalam tempoh semalaman sebagai isyarat kecenderungan menaikkan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), terutama menjelang data senarai gaji utama, telah mendorong lebih banyak ketidakpastian terhadap pengurangan kadar faedah AS.
Selain itu, beliau berkata konflik geopolitik yang semakin meruncing di Timur Tengah turut menjejaskan sentimen pelabur.
"Bagi bursa tempatan, kami optimis namun berhati-hati memandangkan sentimen ekuiti tempatan yang semakin baik. Bagaimanapun, ketidakstabilan global juga akan memainkan peranan utama dalam hala tuju pasaran," kata Thong kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menyusut 5.0 sen kepada RM9.64, Public Bank susut 3.0 sen kepada RM4.18, CIMB berkurangan 2.0 sen kepada RM6.63, Tenaga meningkat 2.0 sen kepada RM11.52, dan Petronas Chemicals menokok 10.0 sen kepada RM6.85.
Bagi saham paling aktif, Velesto Energy berkurangan 2.5 sen kepada 28.0 sen, Dagang NeXchange menambah setengah sen kepada 36.5 sen, RGB meningkat 2.0 sen kepada 34 sen, dan TDM turun setengah sen kepada 32 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 14.22 mata kepada 11,708.18, Indeks FBMT 100 naik 16.55 mata kepada 11,338.74 dan Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 44.02 mata kepada 11,866.10.
Indeks FBM 70 meningkat 31.63 mata kepada 16,332.07 tetapi Indeks FBM ACE turun 14.96 mata kepada 4,981.59.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan rendah 56.35 mata kepada 17,239.42, Indeks Perladangan naik 53.60 mata kepada 7,460.09, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.94 mata kepada 185.06, manakala Indeks Tenaga merosot 13.23 mata kepada 967.50.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.28 bilion unit bernilai RM2.38 bilion berbanding 2.21 bilion unit bernilai RM2.35 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.22 bilion unit bernilai RM137.15 juta berbanding 292.03 juta unit bernilai RM28.75 juta semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 611.65 juta saham bernilai RM159.96 juta daripada 848.78 juta saham bernilai RM295.91 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 311.77 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (367.15 juta); pembinaan (183.56 juta); teknologi (157.95 juta); SPAC (0.00 juta); perkhidmatan kewangan (79.01 juta); hartanah (309.90 juta); perladangan (78.51 juta); REIT (15.11 juta); dana tertutup (15,000); tenaga (525.03 juta); penjagaan kesihatan (56.02 juta); telekomunikasi dan media (32.56 juta); pengangkutan dan logistik (41.68 juta); dan utiliti (45.01 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.04 bilion unit bernilai RM2.68 bilion berbanding 3.36 bilion unit bernilai RM2.68 bilion semalam. - Gambar fail/Bernama
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu
Petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau
FBM KLCI dibuka 5.19 mata lebih tinggi kepada 1,382.12 dan bergerak di antara 1,382.02 dengan 1,392.23 sepanjang dagangan hari ini.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.
Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan di kaunter-kaunter berkaitan indeks berikutan sentimen serantau yang positif.
Harga saham BSKL dijangka meningkat
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu ini.