KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan ditutup pada paras terendah intra harinya berikutan sentimen lemah pelabur di tengah-tengah ketegangan geopolitik di Asia Barat, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.51 mata atau 0.55 peratus kepada 1,542.53 daripada paras penutup 1,551.04 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 5.59 mata kepada 1,545.45 dan mencecah paras tertinggi intra hari pada 1,548.34 semasa dagangan selepas sesi pagi.
Suasana pasaran negatif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 993 berbanding 230, 374 kaunter tidak berbuah, 755 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.28 bilion unit bernilai RM3.25 bilion daripada 3.88 bilion unit bernilai RM3.0 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau juga kebanyakannya ditutup rendah apabila kebimbangan berterusan terhadap kadar faedah AS yang kekal tinggi bagi tempoh yang lama telah menjejaskan sentimen pelabur.
Nikkei Jepun jatuh 0.74 peratus kepada 39,232.80, Indeks Straits Times Singapura susut 1.09 peratus kepada 3,183.61, Kospi Korea Selatan berkurangan 0.42 peratus kepada 2,670.43 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.72 peratus kepada 16,600.46.
"Di pasaran tempatan, kami menjangkakan sentimen pasaran jangka pendek kekal tidak menentu di tengah-tengah ketidakpastian terhadap prestasi ekonomi global.
"Begitu juga, para pelabur diminta peka terhadap sebarang peluang membeli saham berharga rendah sekiranya rundingan gencatan senjata di Timur Tengah membuahkan hasil positif," katanya kepada Bernama.
Oleh itu, Thong mengunjurkan FBM KLCI kekal stabil dan diniagakan dalam jajaran 1,538-1,570 bagi minggu ini.
Sementara itu, Mohd Sedek Jantan, ketua penyelidikan dan penasihat harta dan pengurus portfolio di UOB Kay Hian Wealth Advisors berkata prestasi FBM KLCI hari ini mencerminkan tekanan jualan yang berterusan susulan konflik di Timur Tengah pada hujung minggu.
Beliau berkata trend itu dijangka berterusan sebaik pasaran Amerika Syarikat (AS) dibuka hari ini berikutan tekanan inflasi dan peningkatan ketegangan geopolitik.
"Aktiviti pengambilan untung dijangka berterusan sepanjang minggu.
"Walaupun krisis di Timur Tengah tidak djangka memberi kesan ketara kepada ekuiti global, pelabur dijangka mengambil pendekatan defensif," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.65, Public Bank dan IHH Healthcare susut enam sen masing-masing kepada RM4.12 dan RM6.03, CIMB berkurangan tiga sen kepada RM6.58 manakala Tenaga Nasional turun 10 sen kepada RM11.60.
Dalam kalangan kaunter cergas, Velesto Energy dan Bina Puri Holdings tidak berubah masing-masing berada pada 27.5 sen dan lapan sen, kedua-dua Dagang NeXchange dan Harvest Miracle Capital turun setengah sen masing-masing kepada 41 sen dan 11.5 sen, manakala Eversendai Corp naik 4.5 sen kepada 37.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 97.62 mata kepada 11,600.20, Indeks FBMT 100 turun 87.86 mata kepada 11,239.06 dan Indeks FBM 70 jatuh 232.72 mata kepada 16,159.85.
Indeks FBM ACE berkurangan 103.65 mata kepada 4,996.47 manakala Indeks FBM Emas Shariah susut 106.41 mata kepada 11,756.58.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 38.07 mata kepada 7,432.62, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.84 mata kepada 183.82, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 102.65 mata kepada 17,169.15, dan Indeks Tenaga menyusut 2.60 mata kepada 966.49.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.42 bilion unit bernilai RM2.88 bilion daripada 2.16 bilion unit bernilai RM2.65 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Jumlah dagangan waran naik kepada 1.12 bilion unit bernilai RM121.17 juta daripada 913.70 juta unit bernilai RM101.73 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 723.24 juta saham bernilai RM241.84 juta daripada 787.74 juta saham bernilai RM239.77 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 400.07 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (465.87 juta), pembinaan (333.55 juta), teknologi (238.23 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (104.39 juta), hartanah (388.51 juta), perladangan (70.33 juta), REITs (24.01 juta), dana tertutup (31,200), tenaga (203.48 juta), penjagaan kesihatan (58.92 juta), telekomunikasi dan media (40.68 juta), pengangkutan dan logistik (34.24 juta) dan utiliti (54.29 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan ditutup pada paras terendah intra harinya berikutan sentimen lemah pelabur di tengah-tengah ketegangan geopolitik di Asia Barat, kata seorang penganalisis. - Gambar hiasan/BERNAMA
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.