KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, seiring prestasi bursa serantau lain yang suram ketika sentimen berhati-hati terus ketara berikutan ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang menjejaskan minat pelabur.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama susut 5.18 mata kepada 1,438.96 daripada 1,444.14 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Indeks penanda aras pasaran itu yang dibuka menokok 1.22 mata pada 1,445.36, turut bergerak dalam jajaran 1,436.5 hingga 1,446.12 sepanjang sesi dagangan hari ini.
Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 597 berbanding 284 manakala 451 kaunter lain tidak berubah, 1,022 tidak diniagakan dan 24 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.09 bilion unit bernilai RM1.92 bilion daripada 3.22 bilion unit bernilai RM1.80 bilion pada Jumaat lepas.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi pasaran tempatan turut diasak oleh tekanan jualan yang ketara rantau ini berikutan konflik di Timur Tengah yang merencatkan selera pelabur.
Malah, beliau berkata konflik Israel-Palestin itu turut memberi kejutan terhadap pasaran minyak, sekali gus memburukkan lagi ketidaktentuan akibat jangkaan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat serta prospek ekonomi global yang hambar.
"Bagi pasaran tempatan misalnya, sentimen berhati-hati lebih menguasai berikutan senario tidak menentu di pasaran global.
"Namun, kami masih melihat penilaian terhadap FBM KLCI kekal menarik dan pelabur menganggapnya sebagai masih ada potensi," katanya kepada Bernama.
Thong berkata, aliran corak perdagangan di indeks petunjuk utama itu berkemungkinan menyaksikan indeks itu memasuki fasa konsolidasi sehingga pemangkin baharu muncul.
Susulan itu, katanya, FBM KLCI dijangka diniagakan sekitar 1,430 hingga 1,450 pada minggu ini, termasuk sokongan segera pada 1,430 manakala paras rintangan pada 1,460.
Sementara itu, faktor sama turut menyebabkan pasaran serantau utama berada dalam wilayah negatif.
Indeks Straits Times Singapura misalnya turun 0.69 peratus kepada 3,163.89, Nikkei 225 Jepun susut 2.03 peratus kepada 31,659.03, Indeks Hang Seng Hong Kong menguncup 0.97 peratus kepada 17,640.36 manakala Indeks Komposit SSE China merosot 0.46 peratus kepada 3,073.81.
Di pasaran tempatan, saham-saham wajaran tinggi menyaksikan CIMB rugi lima sen kepada RM5.61, Tenaga berkurangan tujuh sen kepada RM9.95, IHH Healthcare turun satu sen kepada RM5.95 manakala Maybank dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM8.98 dan RM4.17.
Bagi saham aktif, Classita turun satu sen kepada enam sen, Asdion sebaliknya untung tiga sen kepada enam sen, Compugates naik setengah sen kepada 1.5 sen manakala Widad, KNM dan Sarawak Consolidated masing-masing tidak berubah pada 55 sen, 11.5 sen dan 51 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 35.88 mata kepada 10,659.06, Indeks FBMT 100 kehilangan 32.29 mata kepada 10,324.59, Indeks FBM 70 berkurangan 23.15 mata kepada 14,190.26, Indeks FBM ACE turun 27.76 mata kepada 5,117.19 manakala Indeks FBM Emas Syariah merosot 46.8 mata kepada 10,878.67.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Produk Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.9 mata kepada 175.34, Indeks Tenaga menambah 5.1 mata kepada 882.46, Indeks Perladangan susut 36.57 mata kepada 6,826.16 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 36.25 mata kepada 16,227.93.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.98 bilion unit bernilai RM1.73 bilion daripada 1.94 bilion unit bernilai RM1.55 bilion pada Jumaat lepas.
Perolehan waran sebaliknya susut kepada 332.86 juta unit bernilai RM41.44 juta berbanding 371.45 juta unit bernilai RM49.13 juta.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 755.45 juta saham bernilai RM213.0 juta daripada 895.89 juta saham bernilai RM195.28 juta sebelum ini.
Selain itu, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 476.84 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (408.49 juta); pembinaan (209.39 juta); teknologi (104.6 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (74.88 juta); hartanah (273.65 juta); perladangan (39.56 juta); REIT (8.86 juta), dana tertutup (2,000); tenaga (215.05 juta); penjagaan kesihatan (52.07 juta); telekomunikasi dan media (33.64 juta); pengangkutan dan logistik (46.97 juta) serta utiliti (31.89 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama susut 5.18 mata kepada 1,438.96 daripada 1,444.14 pada akhir dagangan Jumaat lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.43 mata kepada 1,616.75 daripada paras penutup 1,615.32 pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 3.02 mata kepada 1,618.34 daripada paras penutup 1,615.32 semalam.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus
Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam persekitaran sentimen global yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki prestasi peningkatan semalaman di Wall Street.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan aktiviti pengambilan untung pada sesi akhir dagangan hari ini, diseret turun oleh indeks wajaran tinggi yang diterajui kaunter telekomunikasi.
Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata
Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.
Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.71 mata kepada 1,587.24 daripada 1,590.95 ketika ditutup pada Rabu.