Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil

Bernama
Disember 10, 2024 20:15 MYT
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 2.46 mata atau 0.15 peratus kepada 1,608.97 daripada paras penutup 1,611.43 pada Isnin. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman, kata seorang peniaga.
Beliau berkata, prestasi itu mencerminkan kewaspadaan pelabur menjelang pengumuman data inflasi utama Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini yang dijangka mempengaruhi keputusan penurunan kadar pada 18 Dis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.46 mata atau 0.15 peratus kepada 1,608.97 daripada paras penutup 1,611.43 pada Isnin.
Indeks utama dibuka tinggi naik 1.22 mata kepada 1,612.65 dan bergerak antara paras 1,607.88 dan 1,615.93 sepanjang hari dagangan.
Bagaimanapun, suasana pasaran positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 534 berbanding 513, manakala 562 kaunter tidak berubah, 867 tidak diniagakan dan 13 digantung.
Jumlah dagangan menyusut kepada 2.74 bilion unit bernilai RM2.64 bilion daripada 3.02 bilion unit bernilai RM2.40 bilion pada Isnin.
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata indeks harga pengguna (IHP) AS yang akan diumumkan pada 11 Dis dan indeks harga pengeluar (IHPR) pada 12 Dis, dijangka mempengaruhi keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
Selain itu, beliau berkata data IHP dan IHPR China yang lebih lemah daripada jangkaan mungkin akan menjejaskan lagi sentimen pasaran.
"FBM KLCI ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan di Wall Street, apabila pasaran menyusut susulan rekod tertinggi yang dicatatkan di S&P 500 dan Nasdaq minggu lepas," katanya kepada Bernama.
Mohd Sedek berkata dalam kalangan indeks sektor di Bursa Malaysia, Indeks Penjagaan Kesihatan menerajui kaunter untung, mendapat rangsangan daripada keyakinan pelabur selepas pengeluar sarung tangan terkemuka mengumumkan dividen khas.
"Indeks FBM Mid 70 mengekalkan momentum menaiknya, meningkat 3.45 peratus setakat ini pada Disember.
"Sentimen pasaran terus menyokong prestasi cemerlang berterusan saham bermodal kecil dan sederhana," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare menokok 2.0 sen kepada RM7.44, Public Bank susut 2.0 sen kepada RM4.52, CIMB turun 7.0 sen kepada RM8.11, dan Tenaga Nasional berkurangan 14 sen kepada RM13.68, manakala Maybank tidak berubah pada RM10.10.
Dalam kalangan kaunter cergas, Top Glove naik 4.0 sen kepada RM1.37, Supermax meningkat 5.0 sen kepada RM1.08, JCY International menambah 2.5 sen kepada 50.5 sen, MYEG turun setengah sen kepada 93.5 sen, manakala Malayan United Industri tidak berubah pada 6.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 8.51 mata kepada 12,340.05, Indeks FBMT 100 menokok 7.59 mata kepada 12,023.31, Indeks FBM 70 melonjak 106.34 mata kepada 18,493.80, 9 mata kepada ACE9.5,286.81 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 21.36 mata kepada 12,356.57.
Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 2.10 mata kepada 19,102.44, Indeks Perladangan turun 26.68 mata kepada 7,725.16, Indeks Tenaga jatuh 1.25 mata kepada 822.07, namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengukuh sebanyak 1.53 mata kepada 176.21.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.46 bilion unit bernilai RM2.38 bilion daripada paras penutup 1.58 bilion unit bernilai RM2.15 bilion.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 880.21 juta unit bernilai RM121.0 juta daripada 871.77 juta unit bernilai RM103.66 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 402.21 juta unit bernilai RM138.63 juta daripada 545.17 juta unit bernilai RM148.35 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 212.14 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (262.88 juta), pembinaan (82.32 juta), teknologi (208.64 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (84.46 juta), hartanah (152.15 juta), perladangan (51.68 juta), REIT (15.50 juta), dana tertutup (14,900), tenaga (111.35 juta), penjagaan kesihatan (187.67 juta), telekomunikasi dan media (25.99 juta), pengangkutan dan logistik (22.65 juta), utiliti (37.88 juta), dan amanah perniagaan (68,500).
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #Indeks Harga Pengguna #fbm klci #Wall Street
;