KUALA LUMPUR:Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin selepas gagal meneruskan kenaikan awal apabila mengalami tekanan jualan, sekali gus merekodkan prestasi berbeza berbanding dengan aliran serantau, berikutan pelabur berhati-hati menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran, turun 5.30 mata atau 0.34 peratus kepada 1,573.33 daripada 1,578.63 ketika ditutup pada Jumaat.
Indeks utama itu dibuka 1.81 mata lebih tinggi kepada 1,580.44 dan bergerak di antara 1,572.77 dengan 1,586.06 sepanjang dagangan Isnin.
Bursa serantau sebaliknya mencatatkan sentimen dagangan meningkat dengan Nikkei 225 Jepun melonjak 2.12 peratus kepada 29,388.50, Hang Seng Hong Kong menambah 0.11 peratus kepada 29,319.47 manakala Indeks Straits Times Singapura naik 0.93 peratus kepada 2,934.29.
Kenaikan harga minyak mentah pada Isnin juga tidak dapat menyokong untuk kenaikan di Bursa Malaysia.
Penanda aras global, minyak mentah Brent naik 1.20 peratus kepada US$60.05 setong sementara West Texas Intermediate menokok 1.13 peratus kepada US$57.49 setong.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 620 berbanding 569 manakala 434 kaunter tidak berubah, 517 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 7.04 bilion unit bernilai RM4.50 bilion daripada 6.09 bilion unit bernilai RM4.15 bilion yang dicatatkan ketika penutupan pada Jumaat.
Sementara itu, antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga masing-masing turun tiga sen kepada RM7.83 dan RM9.67, PBBank susut empat sen kepada RM4.08, Topglov dan Hartalega masing-masing merosot 34 sen kepada RM6.27 dan RM12.90.
Bagi saham aktif, DNEX dan warannya masing-masing naik sembilan sen dan 1.5 sen kepada 37 sen dan 6.5 sen, Luster menambah setengah sen kepada 22 sen, AT tidak berubah pada 16.5 sen dan Trive susut lima sen kepada 20.5 sen.
Antara saham untung, Tasco menambah 51 sen kepada RM5, SJC meningkat 41 sen kepada RM1.78, SCIB naik 40 sen kepada RM2.50 dan Hengyuan menokok 36 sen kepada RM5.83.
BLDPLNT mendahului senarai saham rugi apabila merosot 49 sen kepada RM7.51, diikuti Dutch Lady yang kurang 46 sen kepada RM34.40 sementara UWC turun 34 sen kepada RM12.88.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 22.93 mata kepada 11,479.39, Indeks FBMT 100 kurang 30.04 mata kepada 11,199.52 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 48.93 mata kepada 13,013.93.
FBM 70 kurang 10.48 mata kepada 15,049.34 dan FBM ACE merosot 89.53 mata kepada 10,771.70.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 11.5 mata kepada 14,565.40, Indeks Perladangan kurang 17.98 mata kepada 7,122.73 manakala Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri menokok 1.51 mata kepada 178.06.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama menambah kepada 4.53 bilion saham bernilai RM3.57 bilion daripada 3.32 bilion saham bernilai RM2.90 bilion yang dicatatkan semasa penutupan pada Jumaat.
Jumlah dagangan waran melonjak kepada 410.74 juta unit bernilai RM69.8 juta daripada 345.55 juta unit bernilai RM61.09 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula sebanyak 2.10 bilion saham bernilai RM864.58 juta berbanding 2.41 bilion saham bernilai RM1.19 bilion.
Barangan dan perkhidmatan pengguna meyumbang 681.80 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (1.18 bilion), pembinaan (286.31 juta), teknologi (1.31 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (121.12 juta), hartanah ( 272.72 juta), perladangan (27.59 juta), REIT (9.49 juta), dana tertutup (24,000), tenaga (351.79 juta), penjagaan kesihatan (81.62 juta), telekomunikasi dan media (65.41 juta), pengangkutan dan logistik (120.8 juta) serta utiliti (23.54 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
Kenaikan harga minyak mentah pada Isnin juga tidak dapat menyokong untuk kenaikan di Bursa Malaysia. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.