Bursa Malaysia ditutup rendah

Bernama
Jun 12, 2024 20:29 MYT
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.14 mata kepada 1,616.99 dan mencapai harian tertinggi pada 1,618.99 semasa sesi dagangan pagi. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu berikutan sentimen berhati-hati menjelang keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah dan data inflasi yang akan dikeluarkan lewat hari ini.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.54 mata kepada 1,608.95 daripada paras penutup 1,611,49 pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 5.14 mata kepada 1,616.99 dan mencapai harian tertinggi pada 1,618.99 semasa sesi dagangan pagi.
Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 758 berbanding 550, dengan 468 kaunter tidak berubah, 625 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 7.59 bilion unit bernilai RM5.28 bilion daripada 6.98 bilion unit bernilai RM5.12 bilion pada Selasa.
Seorang peniaga berkata prestasi pasaran tempatan mencerminkan pasaran global apabila pelabur memberi tumpuan kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan pada Rabu.
IHP AS akan dikeluarkan selepas data inflasi China dikeluarkan awal hari ini yang menunjukkan permintaan yang lemah.
Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) China melaporkan bahawa kenaikan harga pengguna lebih lemah daripada jangkaan pada 0.3 peratus daripada tahun lepas pada Mei berbanding anggaran konsensus kenaikan sebanyak 0.4 peratus.
Beliau berkata pasaran menjangkakan Fed untuk mengekalkan kadar faedah kerana harga tidak menyesuaikan dengan cepat kepada perubahan dalam penawaran dan permintaan, membawa kepada inflasi yang dijangka berterusan tahun ini.
Di peringkat tempatan, pelabur turut mengambil keuntungan daripada kenaikan pada sesi dagangan awal.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Heavyweights Press Metal turun lapan sen kepada RM5.83, MISC merosot 11 sen kepada RM8.51, Public Bank menguncup dua sen kepada RM4.06, CelcomDigi dan IHH masing-masing jatuh tiga sen kepada RM3.78 dan RM6.22.
Bagi kaunter cergas pula, DNeX menambah dua sen kepada 49.5 sen, SNS Network naik 12 sen kepada 87.5 sen, AT Systematization meningkat dua sen kepada 23 sen, Harvest Miracle dan Sapura Energy masing-masing berkurangan 0.5 sen kepada 10 sen dan 4.0 sen manakala JAKS Resources merosot satu sen kepada 18 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 9.37 mata kepada 12,282.66, Indeks FBMT 100 menambah 14.25 mata kepada 11,953.46 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 38.22 mata kepada 12,753.84.
Indeks FBM 70 menokok 155.05 mata kepada 18,133.46 dan Indeks FBM ACE jatuh 13.27 mata kepada 5,735.66.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 37.70 mata kepada 17,553.68, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.61 mata kepada 199.13, Indeks Tenaga menyusut 11.44 mata kepada 979.30, bagaimanapun Indeks Perladangan melonjak 13.39 mata kepada 7,064.15.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 4.27 bilion unit bernilai RM4.23 bilion daripada 4.10 bilion unit bernilai RM4.38 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran naik kepada 1.04 bilion unit bernilai RM121.33 juta daripada 991.98 juta unit bernilai RM116.75 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 2.27 juta saham bernilai RM921.62 juta daripada 1.88 juta saham bernilai RM613.17 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 563.72 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (867.50 juta), pembinaan (465.58 juta), teknologi (1.05 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (106.76 juta), hartanah (538.97 juta), perladangan (27.15 juta), REITs (17.87 juta), dana tertutup (41,500), tenaga (246.72 juta), penjagaan kesihatan (87 juta), telekomunikasi dan media (78.26 juta), pengangkutan dan logistik (143.42 juta), utiliti (77.95 juta) dan amanah perniagaan (553,400).
Bursa Malaysia mengumumkan bahawa dagangan akan ditutup pada Isnin depan, 17 Jun sempena cuti umum Hari Raya Aidiladha dan akan disambung semula pada Selasa, 18 Jun.
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #fbm klci #amanah perniagaan #Pasaran ACE
;