KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah positif pada Khamis, mencecah paras tertinggi harian selepas mengambil petunjuk daripada beberapa indeks serantau utama.
Indeks serantau utama secara amnya merekodkan prestasi meningkat susulan isyarat pergerakan kukuh dari Wall Street dalam tempoh semalaman apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar faedah.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.57 peratus atau 8.22 mata kepada 1,456.26 daripada 1,448.04 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks utama dibuka 0.84 mata lebih baik kepada 1,448.88 sebelum bergerak di antara 1,448.14 hingga 1,456.26 sepanjang hari.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 567 berbanding 352, manakala 452 kaunter tidak berubah, 973 kaunter tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung.
Jumlah dagangan melonjak kepada 4.25 bilion unit bernilai RM2.78 bilion daripada 3.76 bilion unit bernilai RM2.40 bilion semalam.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata perkara penting daripada mesyuarat FOMC selama dua hari itu ialah kadar faedah kekal tidak berubah.
Beliau berkata perkara kedua ialah Rizab Persekutuan AS (Fed) menunjukkan bahawa pihaknya akan mula menurunkan kadar faedah tahun depan, yang mencetuskan kenaikan kukuh berterusan di Wall Street, dengan indeks Purata Perindustrian Dow Jones ditutup pada paras tertinggi baharu.
"Apabila penurunan kadar dilaksanakan di AS, kami menjangkakan dana asing kembali ke rantau ini berikutan penilaian menarik terhadap pasaran serantau dan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik. Justeru, kami menjangkakan Malaysia meraih manfaat daripada kesan limpahan ini, yang akan memberi kesan positif kepada pasaran tempatan," katanya kepada Bernama.
Thong berkata dengan keyakinan baharu, FBM KLCI mungkin berada dalam aliran berjulat 1,455 hingga 1,465 menjelang hujung minggu ini.
Di peringkat rantau, Hang Seng Hong Kong susut 1.07 peratus kepada 16,402.19; Indeks Strait Times Singapura menambah 0.66 peratus kepada 3,124.65; Kospi Korea Selatan meningkat 1.34 peratus kepada 2,544.18 namun, Nikkei 225 Jepun turun 0.73 peratus kepada 32,686.25.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM9.05 namun, Public Bank menambah empat sen kepada RM4.30, CIMB naik dua sen kepada RM5.81, Tenaga Nasional menokok sembilan sen kepada RM9.97 dan Petronas Chemicals mendatar pada RM7.15.
Antara saham aktif, Sapura Energy kekal pada lima sen, Top Glove menambah 3.5 sen kepada 91 sen manakala Velesto dan SMTrack masing-masing naik pada 22.5 sen dan lima sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 73.89 mata kepada 10,787.67; Indeks FBMT 100 menambah 73.95 mata kepada 10,454.97 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 89.02 mata kepada 10,904.84.
Indeks FBM 70 melonjak 166.89 mata kepada 14,396.63 namun, Indeks FBM ACE turun 11.49 mata kepada 5,139.32.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 55.80 mata kepada 16,430.05; Indeks Tenaga menambah 14.90 mata kepada 804.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.99 mata kepada 171.73 dan Indeks Perladangan meningkat 7.25 mata kepada 7,000.82.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.67 bilion unit bernilai 2.42 bilion daripada 2.49 bilion unit bernilai RM2.13 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran sebanyak 790.68 juta unit bernilai RM121.04 juta berbanding 644.97 juta unit bernilai RM82.56 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE pula melonjak kepada 784.15 juta saham bernilai 233.96 juta daripada 617.69 juta saham bernilai RM187.42 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 327.83 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (603.53 juta); pembinaan (196.38 juta); teknologi (143.96 juta); SPAC (tiada); perkhidmatan kewangan (73.69 juta); hartanah (279.1 juta); perladangan (38.18 juta); REIT (17.15 juta); dana tertutup (9,800); tenaga (473.19 juta); penjagaan kesihatan (357.06 juta); telekomunikasi dan media (24.02 juta); pengangkutan dan logistik (38.99 juta); serta utiliti (98.46 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
![Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian, jejaki bursa serantau Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian, jejaki bursa serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643279670_BURSAMALAYSIA.jpg)
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.57 peratus atau 8.22 mata kepada 1,456.26 daripada 1,448.04 ketika ditutup pada Rabu. - Gambar fail/Bernama
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.
![Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731988419_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.
![Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.
![Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028 Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739245374_haosek.jpg)
Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.
![Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.
![Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan
Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan, dengan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berubah-ubah antara 1,580 dan 1,600 mata.
![Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738893978_TBscomi.jpg)
Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi
Bursa Securities tolak permohonan Scomi Energy untuk lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi dan mengekalkan tarikh akhir 31 Jan 2025.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731988419_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan pembelian meluas ketika sesi akhir, dengan petunjuk pasaran menamatkan dagangan pada paras tertinggi harian, dipacu oleh saham-saham tenaga, kata penganalisis.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong belian saham mewah terpilih Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong belian saham mewah terpilih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734701958_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong belian saham mewah terpilih
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.76 mata kepada 1,565.32 daripada 1,564.56 pada Selasa.
![KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738627322_TBMalakoff.jpg)
KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta
MUSB akan menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh KJTS setelah selesai pengambilalihan.