Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam 44 bulan, didorong data ekonomi yang kukuh

Bernama
Ogos 19, 2024 20:00 MYT
Bursa Malaysia melonjak 1.53 peratus hari ini, dengan indeks komposit berakhir pada paras tertinggi dalam 44 bulan, didorong oleh sentimen positif susulan data ekonomi tempatan yang kukuh. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melonjak 1.53 peratus hari ini, dengan indeks komposit berakhir pada paras tertinggi dalam 44 bulan, didorong oleh sentimen positif susulan data ekonomi tempatan yang kukuh.
Pada penutup dagangan, FTSE Bursa Malaysia KLCI (KLCI) naik 24.80 mata kepada 1,648.70 daripada 1,623.90 ketika ditutup pada Jumaat.
FBM KLCI, yang menerajui peningkatan indeks serantau, terdahulu melonjak ke paras tertinggi intra day pada 1,653.35, mencecah paras yang belum pernah dicapai dalam tiga tahun dan lapan bulan, yang ditutup 1,652.49 pada 18 Dis, 2020.
Indeks dibuka tinggi 1.24 mata lebih tinggi pada 1,625.14 dan turun pada paras 1,624.58 pada sesi awal pagi.
Pada keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 606 kepada 546, dengan 463 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.89 bilion unit bernilai RM4.30 bilion daripada 3.22 bilion unit bernilai RM2.75 bilion Jumaat lepas.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Malaysia sebanyak 5.9 peratus menandakan ekonomi domestik yang memberangsangkan.
"Prestasi luar biasa ini telah meningkatkan keyakinan pelabur dan menyokong peningkatan pasaran secara menyeluruh.
"Tambahan pula, angka dagangan bagi Julai 2024 telah menunjukkan kekuatan yang mengagumkan, melonjak 18.9 peratus tahun ke tahun untuk mencecah RM255.88 bilion. Ini mewakili nilai dagangan tertinggi sejak Oktober 2022 dan menggariskan daya tahan ekonomi Malaysia," katanya kepada Bernama.
Sentimen pelabur asing juga menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas tempoh turun naik.
"Walaupun jualan bersih RM768.4 juta direkodkan minggu lepas, dana asing kembali ke pasaran minggu ini dengan pembelian bersih RM299.6 juta dalam ekuiti Malaysia.
"Sektor kewangan telah menjadi penerima manfaat utama persekitaran ekonomi yang positif. Memandangkan peranan penting mereka dalam pengantaraan dana antara penyimpan dan peminjam, institusi kewangan lazimnya berkembang maju dalam tempoh pengembangan ekonomi," katanya.
Mohd Sedek juga berkata walaupun sektor kewangan telah menerajui pasaran hari ini, sektor lain, seperti penjagaan kesihatan, yang ketinggalan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, turut menarik minat pelabur.
"Penyertaan meluas ini menekankan sifat pengembangan ekonomi yang teguh," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 34.0 sen kepada RM10.60, CIMB Group menokok 31 sen kepada RM7.97, Tenaga Nasional melonjak 4.0 sen kepada RM13.90, dan Public Bank naik 25.0 sen kepada RM4.54, manakala IHH Healthcare susut 3.0 sen kepada RM6.27.
Sementara itu saham paling cergas, Top Glove Corporation menokok 4.0 sen kepada 99 sen, My E.G. Services naik 1.5 sen kepada 93 sen, dan Velocity Capital meningkat setengah sen kepada to 6.5 sen dan Cape EMS tidak berubah pada 42 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 144.70 mata kepada 12,479.83, Indeks FBMT 100 naik 152.28 mata kepada 12,128.37, Indeks FBM Emas Shariah menokok 12.43 mata kepada 12,414.47, Indeks FBM 70 naik 113.56 mata kepada 17,957.21 dan Indeks FBM ACE melonjak 2.17 mata kepada 5,401.15.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 687.82 mata kepada 19,107.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.12 mata kepada 183.91, manakala Indeks Tenaga susut 2.65 mata kepada 949.45 dan Indeks Perladangan turun 29.42 mata kepada 7,154.58.
Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 2.32 bilion bernilai RM4.01 bilion daripada 1.80 bilion unit bernilai RM2.477 bilion Jumaat lepas.
Jumlah dagangan waran mencecah 1.08 bilion unit bernilai RM124.32 juta daripada 949.16 juta unit bernilai RM116.02 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE berkembang kepada 492.48 juta saham bernilai RM159.98 juta daripada 467.90 juta saham bernilai RM163.26 juta ditutup minggu lepas.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 266.32 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (444.78 juta), pembinaan (134.89 juta), teknologi (219.64 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (341.15 juta), hartanah (331.14 juta), perladangan (13.81 juta), REIT (10.65 juta), dana tertutup (16,900), tenaga (137.55 juta), penjagaan kesihatan (254.44 juta), telekomunikasi dan media (46.58 juta), pengangkutan dan logistik (74.51 juta), utiliti (44.75 juta), dan amanah perniagaan (552,600).
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #ditutup pada paras tertinggi #KLSE #data ekonomi