KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengekalkan aliran menaik pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini, mengambil petunjuk daripada pergerakan rancak semalaman Wall Street selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan satu lagi kenaikan kadar faedah, kata seorang penganalisis.
Pada hari Rabu, bank pusat itu telah menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak 75 mata asas seperti yang dijangkakan, kadar tertinggi sejak 2018.
Pada jam 9.20 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 10.95 mata kepada 1,481.66 daripada 1,470.71 semalam (Rabu).
Indeks utama itu dibuka pada 1,472.39, naik sebanyak 1.68 mata.
Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 347 berbalas 101, manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,621 tidak diniagakan dan 66 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 359.74 juta unit bernilai RM157.65 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya, momentum positif di Wall Street dijangka melimpah dan turut memanfaatkan bursa serantau dan tempatan.
"Justeru, bursa tempatan diunjurkan bergerak dalam nada positif hari ini berikutan kenaikan kukuh di Wall Street.
"Kami percaya lantunan semula baru-baru akan berterusan memandangkan komen daripada pengerusi Fed AS Jerome Powell telah sedikit sebanyak meredakan kebimbangan pelabur terhadap prospek kenaikan kadar faedah pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu, bagi komoditi, ia turut menyatakan minyak mentah Brent meningkat melebihi paras US$106 setong, manakala minyak sawit mentah (MSM) diniagakan melepasi paras RM3,850 satu tan.
Sektor tenaga juga dijangka menjadi tumpuan susulan kenaikan harga MSM, tambahnya.
Selain itu, firma pembrokeran itu mengunjurkan sektor teknologi akan mendapat rangsangan selepas Nasdaq mencatatkan keuntungan peratusan harian terbesarnya sejak April 2020, melonjak lebih empat peratus semalam.
Di bursa tempatan, dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa -- Maybank menokok satu sen kepada RM8.81, Public Bank dan Petronas Chemicals meningkat lapan sen, masing-masing mencatatkan RM4.68 dan RM8.72, IHH Healthcare menambah lima sen kepada RM6.42 dan CIMB Group meraih dua sen kepada RM5.24.
Bagi saham aktif, Bintai Kinden dan Techna-X naik setengah sen setiap satu kepada 12.5 sen dan 4.5 sen, Dagang NeXchange lebih tinggi satu sen menjadi 79.5 sen, Metronic Global menokok dua sen kepada 15 sen dan SFP Tech Holdings menambah lima sen untuk merekodkan 72.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas peroleh 83.17 mata menjadi 10,513.15, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 78.20 mata kepada 10,573.11 dan Indeks FBMT 100 mengukuh 82.28 mata kepada 10,267.61.
FBM ACE turut mengembang 55.40 mata menjadi 4,834.60 manakala FBM 70 mencatatkan 2,605.12.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan mengukuh 19.75 mata kepada 6,866.05, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 136.52 mata menjadi 16,692.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.46 mata kepada 180.00, dan Indeks Tenaga meningkat 9.53 mata kepada 654.73.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022
Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 347 berbalas 101, manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,621 tidak diniagakan dan 66 yang lain digantung. - Gambar fail
Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad
Sarawak kini muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Affin Bank apabila ia meningkatkan kepentingannya daripada 4.81 peratus sebelum ini kepada 31.25 peratus.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Taufan Helene melanda Florida
Taufan Helene melanda pantai barat negeri Florida di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Ketua UNHCR seru pendekatan baharu krisis Rohingya
Filippo Grandi berkata pelantikan Profesor Yunus sebagai pemimpin baharu Bangladesh telah meningkatkan minat global dalam krisis Rohingya.
Ekspo TVET@KKDW buka ruang kerjasama industri, usahawan
Ekspo ini menawarkan pelbagai bidang pengajian berasaskan TVET dan membuka peluang pekerjaan melalui karnival kerjaya.
Premier harap Affin Bank melihat potensi Borneo
Tan Sri Abang Johari berharap Affin Bank akan sama terlibat dalam membangunkan kemudahan dan kesalinghubungan di kepulauan Borneo menerusi pelaburan di syarikat dan industri strategik.
Sarawak kuasai pegangan terbesar dalam Affin Bank
Pro Naib Canselor, i-CATS University College, Professor Datuk Shazali Abu Mansor berkongsi pandangan mengenai Kerajaan Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd.
Sarawak tidak campur tangan pengurusan Affin Bank
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari un Openg berharap Affin Bank akan terlibat dalam pembangunan di Sarawak pada masa sama menegaskan Kerajaan Sarawak tidak akan campur tangan dalam pengurusan bank berkenaan.
Sarawak kuasai pegangan majoriti Affin Bank
Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli dimeterai pada Jumaat di Kuching Sarawak
GISB: Kerajaan jamin siasatan telus, mohon ahli pertubuhan tidak disiasat untuk tampil - PM
Perdana Menteri memohon kepada ahli dan para pendukung GISB dalam dan luar negara yang tidak disiasat untuk menghubungi pihak berkuasa.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah Khamis dalam persekitaran sentimen serantau bercampur-campur berikutan impak daripada dasar monetari China.
Belian lewat bantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi
Belian lewat telah membantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi selepas jatuh pada tengah hari di tengah-tengah sentimen lembap dalam pasaran serantau.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan sentimen kukuh global
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.59 mata kepada 1,672.96 daripada 1,670.37 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring prestasi pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran Asia lain yang mendapat rangsangan daripada kenaikan di Wall Street.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan
Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok sebanyak 5.10 mata kepada 1,670.75 daripada paras penutup 1,665.65, semalam.