KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, pulih daripada kerugian yang dicatatkan semalam apabila selera risiko pelabur kembali meningkat berikutan data inflasi Amerika Syarikat yang lebih rendah daripada jangkaan.
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.19 mata kepada 1,502.52 berbanding 1,492.33 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras itu mengukuh 5.48 mata untuk dibuka pagi ini pada paras 1,497.81.
Pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 257 berbalas 71, manakala 172 kaunter tidak berubah, 1,783 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 159.82 juta unit bernilai RM70.04 juta.
Data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS, yang mengukur inflasi mencatatkan 8.5 peratus pada bulan Julai -- di bawah unjuran pasaran sebanyak 8.7 peratus -- menunjukkan bahawa ekonomi negara itu pulih lebih cepat daripada jangkaan.
Purata DJI melonjak 535 mata dan Nasdaq memperoleh 361 mata, manakala hasil 10 tahun AS kekal pada 2.78 peratus.
Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng, memandangkan prestasi teguh di Wall Street semalaman, beliau mengunjurkan FBM KLCI akan kembali pulih daripada kelemahan baru-baru ini dan indeks akan berlegar dalam julat 1,495-1,510 hari ini.
"Kami percaya minat belian juga mungkin muncul untuk saham teknologi selepas aktiviti jualan baru-baru ini," katanya kepada Bernama.
Dua pertiga daripada kaunter berkaitan 30 indeks mencatatkan keuntungan pagi ini, diterajui Inari yang meningkat sebanyak 2.83 peratus atau lapan sen kepada RM2.90, manakala Petronas Chemicals merupakan penyumbang terbesar kepada kenaikan indeks komposit pada 2.32 mata selepas kaunter itu naik 17 sen kepada RM8.89.
Sementara itu, Maybank menokok lima sen kepada RM8.95, Public Bank menambah empat sen kepada RM4.67, CIMB dan Tenaga masing-masing meningkat tiga sen kepada RM5.33 dan RM8.46, manakala IHH Healthcare kekal pada RM6.42.
Bagi saham aktif, G3 Global naik setengah sen kepada empat sen, Dagang Nexchange dua sen lebih tinggi pada 89 sen, SFP meraih empat sen kepada 98 sen dan Infoline memperoleh 1.5 sen kepada 38 sen, manakala Sapura Energy tidak berubah pada lima sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 78.41 mata kepada 10,640.15, Indeks FBMT 100 mengembang 74.39 mata menjadi 10,388.56 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih tinggi sebanyak 83.91 mata kepada 10,753.21.
Indeks FBM 70 melonjak 106.53 mata kepada 12,658.63 manakala FBM ACE naik 35.44 mata kepada 4,867.07.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 97.92 mata kepada 16,747.53, Indeks Tenaga menambah 4.7 mata kepada 651.34, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih tinggi sebanyak 2.48 mata kepada 183.43 dan Indeks Perladangan meningkat 23.36 mata kepada 7,147.23
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.19 mata kepada 1,502.52 berbanding 1,492.33 pada penutup Rabu. - Gambar hiasan/Dagang News
Tembok besi beri keinsafan, peluang hayati al-Quran - Tahanan
Bagi Syafikah, aktiviti berbentuk kerohanian dan keislaman memberi banyak tunjuk ajar kepada dirinya untuk membina jati diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee
Sabah FC tekad untuk bangkit daripada ketinggalan empat jaringan apabila melayan Terengganu FC pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Likas di sini Sabtu ini.
Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL
Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) 2024 sebulat suara meluluskan Konsensus Kuala Lumpur pagi ini.
Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import
JKDM menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras yang mengikrar barangan sebagai sayur-sayuran, menerusi penahanan dua kontena di Pelabuhan Utara, Klang pada 13 Jun.
Tumpuan Jumaat – 05 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA
Kebocoran satu daripada injap tangki skid yang terbiar sembilan tahun menjadi punca kepada insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, KLIA.
Consider This: UK Elections - Foregone Conclusion? (Part 2)
Prime Minister Rishi Sunak is in a fierce battle to retain his position, facing a formidable challenge from Labour leader Keir Starmer. As the Conservatives brace for what could be a historic defeat, all eyes are on whether Labour will secure a decisive victory. However, is it a foregone conclusion? On this episode of #ConsiderThis Hafiz Marzukhi speaks to Karisma Putera Abdul Rahman, Policy Research Analyst at Bait Al Amanah
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.43 mata kepada 1,616.75 daripada paras penutup 1,615.32 pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 3.02 mata kepada 1,618.34 daripada paras penutup 1,615.32 semalam.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus
Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam persekitaran sentimen global yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki prestasi peningkatan semalaman di Wall Street.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan aktiviti pengambilan untung pada sesi akhir dagangan hari ini, diseret turun oleh indeks wajaran tinggi yang diterajui kaunter telekomunikasi.
Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata
Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.
Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.71 mata kepada 1,587.24 daripada 1,590.95 ketika ditutup pada Rabu.