Bursa Malaysia dibuka tinggi, didorong pembelian sederhana semasa harga murah

Bernama
Oktober 17, 2024 11:40 MYT
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.73 mata kepada 1,637.36 daripada 1,632.63 ketika ditutup semalam. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis apabila pembelian sederhana semasa harga murah muncul dalam kebanyakan saham wajaran tinggi yang diterajui oleh saham produk dan perkhidmatan pengguna serta perindustrian, kata penganalisis.
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.73 mata kepada 1,637.36 daripada 1,632.63 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.84 mata lebih tinggi kepada 1,634.47.
Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 204 berbanding 110, manakala 240 kaunter kekal tidak berubah, 1,939 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 125.41 juta unit bernilai RM58.08 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen turut disokong oleh prestasi semalaman Wall Street, yang meningkat semula apabila pendapatan korporat dilaporkan kukuh.
Di Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot sedikit kerana pelabur menunggu butiran lanjut dari China mengenai langkah rangsangan yang diumumkan baru-baru ini.
Beliau berkata saham hartanah melonjak kerana pelabur menjangkakan lebih banyak langkah oleh Kementerian Perumahan untuk meningkatkan keyakinan terhadap sektor hartanah bermasalah lewat hari ini.
Thong berkata di pasaran domestik, satu lagi prestasi suram oleh bursa tempatan apabila FBM KLCI ditutup hanya sedikit di atas paras penting 1,630.
"Keseluruhan dagangan kurang memberangsangkan kerana jumlah dagangan harian kekal kecil di bawah paras tiga bilion saham.
"Kami percaya prestasi dagangan tidak banyak berubah menjelang pembentangan Belanjawan 2025 esok, dan oleh itu, menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,630 hingga 1,640 hari ini," katanya kepada Bernama.
Antara saham berwajaran tinggi, PPB Group meningkat 18 sen kepada RM14.38, Sunway naik 5.0 sen kepada RM4.44, PMetal bertambah 4.0 sen kepada RM4.74, manakala Axiata dan Sime Darby masing-masing meningkat 2.0 sen kepada RM2.40.
Bagi kaunter aktif, setakat pukul 9.20 pagi, Aizo Group dan Cape EMS masing-masing menambah 1.0 sen kepada 15.5 sen dan 32.5 sen, TWL Holdings dan Datasonic naik setengah sen kepada 32.5 sen dan 44 sen, sementara Velesto menguncup setengah sen kepada 19 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 27.21 mata kepada 12,296.16, manakala Indeks FBM Emas Syariah naik 28.96 mata kepada 12,194.52.
Indeks FBMT 100 menokok 26.29 mata kepada 11,998.11, Indeks FBM 70 meningkat 19.81 mata kepada 17,602.97, dan Indeks FBM ACE naik 15.16 mata kepada 5,076.01.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 73.04 mata kepada 19,388.39, Indeks Tenaga naik 1.19 mata kepada 850.55, Indeks Perladangan bertambah 1.84 mata kepada 7,202.32, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.07 mata kepada 175.05.
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #dibuka tinggi #saham wajaran tinggi #klci
;