KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh dan dilihat sebagai petunjuk kepada pendapatan daripada syarikat-syarikat besar yang akan dilaporkan dalam tempoh beberapa hari akan datang, kata penganalisis.
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.81 mata kepada 1,569.45 daripada 1,561.64 pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.85 mata kepada 1,565.49.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 284 berbanding 105 manakala 277 kaunter tidak berubah, 1,698 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 220.10 juta unit bernilai RM112.89 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Dow Jones Industrial (DJI) Average melonjak 264 mata manakala Nasdaq menambah 245 mata manakala hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) susut kepada 4.607 peratus berikutan data pembuatan AS yang terkini mencecah paras terendah dalam tempoh empat bulan.
Beliau berkata Indeks Hang Seng Hong Kong naik hampir kepada paras 17,000 berikutan peniaga mengalu-alukan pembaharuan terkini China untuk meningkatkan pasaran Hong Kong selain keyakinan terhadap pendapatan korporat daripada syarikat teknologi utama.
"Dalam negara, kami menjangka sektor pembinaan, kewangan dan telekomunikasi akan menjadi tumpuan minat belian hari ini dan indeks akan berada dalam julat 1,560-1,570," katanya kepada Bernama.
Dengan Wall Street meningkat semula, Malacca Securities Sdn Bhd berkata minat belian dijangka ke arah saham di peringkat tempatan.
"Susulan Sidang Kemuncak KL20 2024, didapati wujud minat belian dan kami menjangka momentum akan kekal sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat dalam sektor teknologi dengan matlamat Malaysia akan menjadi kuasa besar untuk cip di rantau Asia Tenggara, selain tumpuan dijangka ke arah segmen pembinaan, hartanah, utiliti dan bahan binaan.
"Sementara itu, peniaga dijangka melihat kepada sektor penerbangan dan perhotelan berikutan trafik penumpang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus pulih pada suku pertama 2024," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing naik 2.0 sen kepada RM9.84 dan RM4.23, CIMB meningkat 8.0 sen kepada RM6.75, IHH Healthcare menambah 2.0 sen kepada RM6.26, bagaimanapun Tenaga Nasional merosot 2.0 sen kepada RM11.70.
Bagi saham aktif, Borneo Oil naik setengah sen kepada 1.0 sen, RGB International meningkat 1.0 sen kepada 39.5 sen, Iconic Worldwide berkurangan setengah sen kepada 9.0 sen manakala Ingenieur Gudang dan Widad, masing-masing tidak berubah pada 13.5 sen dan 6.0 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 55.22 mata kepada 11,770.26, Indeks FBMT 100 menambah 52.81 mata kepada 11,411.07, Indeks FBM 70 meningkat 59.26 mata kepada 16,308.30, Indeks FBM ACE melonjak 44.64 mata kepada 5,002.79 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 54.00 mata kepada 11,912.35.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.51 mata kepada 186.07, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 69.71 mata kepada 17,425.06, Indeks Tenaga menambah 2.71 mata kepada 971.87 dan Indeks Perladangan menokok 29.90 mata kepada 7,413.85.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.81 mata kepada 1,569.45 daripada 1,561.64 pada Selasa. - Foto Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.