KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini untuk seketika sebelum meningkat semula, mengambil petunjuk daripada prestasi yang lebih baik di Wall Street minggu lepas.
Dagangan di Wall Street telah didorong oleh sentimen positif daripada data pembuatan yang kukuh di seluruh dunia berserta penurunan hasil bon AS.
Pada 9.08 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.22 mata kepada 1,585.35 daripada 1,582.64 ketika penutupan urus niaga petang Jumaat minggu lepas.
Indeks utama dibuka 0.46 mata lebih rendah pada 1,586.51.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi 349 berbalas 150 sementara 345 kaunter tidak berubah, 1,287 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 492.45 juta saham bernilai RM180.01 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan bursa tempatan untuk kekal diniagakan secara berhati-hati hari ini selepas FBM KLCI menamatkan minggu sebelumnya agak lemah selepas penjualan mendadak pada Rabu lalu.
"Namun, kami berpendapat pelabur cenderung untuk tetap optimis terhadap saham teknologi yang mengakhiri urus niaga lebih positif minggu lepas di Wall Street.
"Oleh kerana beberapa pasaran global masih belum beroperasi kerana cuti umum, kami menjangkakan aktiviti urus niaga mungkin akan mereda hari ini dan FBM KLCI diunjur berlegar di bawah paras 1,600 psikologi buat masa ini," katanya.
Bagi sektor yang menjadi tumpuan hari ini, firma penyelidikan itu mencadangkan saham teknologi sementara kaunter yang agak terbelakang membabitkan sektor hartanah dan pembinaan akan mendapat perhatian kerana sektor-sektor ini dianggap pulih dengan pasaran yang lebih meluas," tambahnya.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.28, Petronas Chemical meningkat tujuh sen kepada RM8.07 dan IHH Healthcare dua sen lebih tinggi pada RM5.31.
Public Bank dan Tenaga masing-masing kekal pada harga RM4.24 dan RM10.26.
Antara kaunter cergas pula, Parkson dan Barakah Offshore masing-masing menambah satu sen kepada 26 sen dan 13 sen, sementara Fintec Global, Nexgram dan Berjaya, masing-masing meningkat setengah sen kepada enam sen, 5.5 sen dan 45.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 28.26 mata kepada 11,771.36, FBM 70 naik 73.29 mata kepada 15,802.61, FBMT 100 meningkat 25.78 mata kepada 11,419.14, FBM Emas Syariah menokok 43.53 mata kepada 13,049.38 dan FBM ACE melonjak 75.79 menunjuk kepada 9,864.91.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 3.1 mata kepada 7,048.64 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menambah 0.57 mata kepada 194.59 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 0.30 mata kepada 15,276.26.
- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021
Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan bursa tempatan untuk kekal diniagakan secara berhati-hati hari ini selepas FBM KLCI menamatkan minggu sebelumnya agak lemah selepas penjualan mendadak pada Rabu lalu. - Gambar fail
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia kekal momentum peningkatan pada akhir dagangan
Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.