KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan sentimen berhati-hati susulan perkembangan semasa konflik Timur Tengah, kata penganalisis.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.50 mata kepada 1,544.54 daripada 1,551.04 ketika ditutup Jumaat lepas.
Indeks penanda aras itu dibuka 5.59 mata lebih rendah kepada 1,545.45.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 563 berbanding 120, manakala 251 kaunter tidak berubah, 1,418 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 472.11 juta unit bernilai RM254.83 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street susut dalam tempoh semalaman apabila sentimen sekali lagi dijejaskan oleh kebimbangan inflasi ditambah dengan ketegangan yang semakin meruncing di Timur Tengah.
Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) merosot 476 mata manakala Nasdaq turun 276 mata apabila hasil 10 tahun AS susut kepada 4.518 peratus.
"Kami menjangkakan corak dagangan menjadi kurang rancak sejajar dengan penurunan di Wall Street.
"Oleh itu, kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,550 hingga 1,560 hari ini," katanya kepada Bernama.
Thong menambah bahawa konflik Timur Tengah mendorong harga minyak mentah lebih tinggi, yang menyaksikan minyak mentah Brent ditutup semula di atas US$90 setong.
Di peringkat domestik, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia pada Ahad menjelaskan bahawa mereka telah meningkatkan pemantauan dan pengawasan pasaran untuk memastikan aktiviti pasaran modal Malaysia kekal stabil, adil dan teratur susulan perkembangan terkini di Timur Tengah.
Kedua-dua pihak juga memberi jaminan bahawa asas pasaran kekal kukuh dan pengantara dimodalkan dengan baik.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memantau dengan teliti perkembangan geopolitik global dan pasaran kewangan.
Di samping itu, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menggalakkan kestabilan kewangan yang berterusan dan pasaran berfungsi dengan teratur.
Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM9.61, Public Bank susut satu sen kepada RM4.17, CIMB kurang tiga sen kepada RM6.58, Tenaga Nasional susut lapan sen kepada RM11.62 dan IHH Healthcare menguncup dua sen kepada RM6.07.
Bagi saham aktif, Dagang NeXchange menambah satu sen kepada 42.5 sen, manakala Harvest Miracle dan Velesto Energy masing-masing naik setengah sen kepada 12.5 sen dan 28 sen.
Sementara itu, Bahvest Resources susut satu sen kepada 59.5 sen dan PUC tidak berubah pada 5.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 58.67 mata kepada 11,639.15, Indeks FBMT 100 susut 53.30 mata kepada 11,273.62, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 53.21 mata kepada 11,809.78, Indeks FBM ACE turun 39.60 mata kepada 5,060.52 dan Indeks FBM 70 jatuh 101.05 mata kepada 16,291.52.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurang 89.81 mata kepada 17,181.99, dan Indeks Perladangan susut 16.79 mata kepada 7,453.90.
Bagaimanapun, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.27 mata kepada 184.93 dan Indeks Tenaga menambah 12.31 mata kepada 981.40.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.50 mata kepada 1,544.54 daripada 1,551.04 ketika ditutup Jumaat lepas. -Dagang News
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion
Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Aut
Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
Liga Arab sambut baik resolusi PBB sokong usaha Palestin menjadi anggota penuh
Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh UNGA baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB.
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
ADTV Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam empat bulan pertama 2024
Purata nilai dagangan harian (ADTV) Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam tempoh empat bulan pertama 2024.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Pasaran saham Malaysia kini terbaik di Asia Tenggara - MIDF Research
Bursa Malaysia merupakan pasaran saham terbaik di ASEAN ketika ini berdasarkan FBM KLCI yang meningkat 10.4% dari awal tahun hingga tarikh semasa (YTD).
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini dengan indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.
Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, jejak prestasi positif Wall Street
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 4.79 mata kepada 1,594.38 daripada 1,589.59 yang dicatat pada Jumaat lepas.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 0.59 peratus
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.29 mata atau 0.59 peratus kepada 1,589.59 daripada paras penutup 1,580.30.