Bursa Malaysia dibuka rendah
Bernama
Januari 23, 2025 11:20 MYT
Januari 23, 2025 11:20 MYT
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis disebabkan jualan dalam saham wajaran tinggi khususnya Public Bank and Tenaga Nasional.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Indeks petunjuk pasaran memulakan dagangan dengan menguncup 1.28 mata kepada 1,586.52.
Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 224 berbanding 104 manakala 254 kaunter tidak berubah, 1,815 tidak diniagakan dan 83 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 349.16 juta saham bernilai RM244.23 juta.
Penurunan Public Bank dan Tenaga Nasional mengheret turun indeks komposit sebanyak 1.97 mata atau 1.40 peratus.
"Walaupun masih awal, kami percaya peniaga mengambil peluang untuk meraih keuntungan.
"Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan berada dalam julat 1,585-1595 dengan harapan pembelian saham mewah baru-baru dapat menarik minat pelabur runcit," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank merosot tiga sen kepada RM4.37, Tenaga Nasional merosot 10 sen kepada RM13.78, Maybank turun dua sen kepada RM10.34 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.18, manakala CIMB meningkat satu sen kepada RM8.07.
Bagi saham aktif, Oriental Kopi Holdings meningkat 35 sen kepada 79 sen daripada harga IPO 44 sen, Harvest Miracle Capital dan Velesto Energy meokok 0.5 sen, masing-masing kepada 18 sen dan 20 sen, Pertama Digital naik satu sen kepada 20 sen manakala Yew Lee Pacific tidak berubah pada 55.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 21.16 mata kepada 12,012.60, Indeks FBMT 100 berkurangan 21.11 mata kepada 11,820.71, Indeks FBM Emas Shariah merosot 22.70 mata kepada 12,012.60, Indeks FBM ACE susut 9.63 mata kepada 5,228.96.
Bagaimanapun, Indeks FBM 70 melonjak 5.63 mata kepada 18,132.44.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga berkurangan 1.37 mata kepada 853.65, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 20.36 mata kepada 18,925.05, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 0.21 mata kepada 170.00 dan Indeks Perladangan meningkat 4.57 mata kepada 7,426.27.
-- BERNAMA