KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, mencerminkan sentimen pelabur berhati-hati berikutan prestasi bercampur-campur dalam pasaran global semalam.

Beberapa pelabur didapati mencari penawaran disebabkan penilaian yang lebih rendah.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 kepada 1,589.20 daripada 1,589.66 ketika ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.05 mata kepada 1,589.71.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 201 berbanding 150, dengan 300 kaunter tidak berubah, 1,767 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 232.32 juta unit bernilai RM89.65 juta.

Naib presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI berada dalam aliran rendah, mencerminkan prestasi pasaran pesat membangun.

"Kami menjangkakan ini akan menawarkan peluang kepada pelabur untuk terlibat dalam pemburuan saham murah, memandangkan penilaian yang lebih murah," kata Thong.

Beliau berkata Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, meneruskan penurunan berturut-turut untuk sesi keenam. Sebaliknya, minyak mentah Brent kekal tinggi melebuhi US$83 setong, ia akan memberikan rangsangan jangka pendek untuk stok tenaga.

"Kami menjangkakan indeks penanda aras akan berada dalam aliran dalam julat 1,590 hingga 1,610 mata hari ini," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maxis merosot lima sen kepada RM3.50, Press Metal jatuh empat sen kepada RM5.79, Maybank turun dua sen kepada RM9.86, PPB berkurangan 16 sen kepada RM14.40 dan Hong Leong Bank merosot lapan sen kepada RM19.08.

Bagi saham aktif, Ignenieur Gudang naik 0.5 sen kepada tujuh, Systech menambah tiga sen kepada 47 sen, Velesto tidak berubah pada 25 sen, Siab turun 0.5 sen kepada 12 sen manakala warannya meningkat 2.5 sen kepada tiga sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 6.26 mata kepada 12,200.30, Indeks FBMT 100 naik 1.20 mata kepada 11,772.82 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 5.93 mata kepada 12,551.07, Indeks FBM 70 jatuh 18.65 mata kepada 17,735.15 dan Indeks FBM ACE merosot 0.18 mata kepada 5,713.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 4.26 mata kepada 17,350.15, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.40 mata kepada 1978.05, Indeks Tenaga naik 0.89 mata kepada 953.03 manakala Indeks Perladangan turun 1.84 mata kepada 7,002.

-- BERNAMA