KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan Rabu sebelum susut kemudiannya ketika sentimen pelabur kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran yang ketara, kata penganalisis.
Pada 9.10 pagi ini, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.62 mata kepada 1,581.76 daripada paras 1,585.38, semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.01 mata kepada 1,586.39.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 251 berbanding 168 dengan 321 kaunter tidak berubah, 1,705 tidak diniagakan manakala 45 digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 326.71 juta unit bernilai RM136.40 juta.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur pada Selasa berikutan sesi berhati-hati pelabur yang menunggu pengumuman data-data penting berkaitan ekonomi Amerika Syarikat.
Ini termasuk laporan mengenai pendapatan dan perbelanjaan pengguna yang akan memberi lebih banyak gambaran mengenai prospek pendirian berkaitan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan (Fed) negara maju itu.
Thong berkata di peringkat tempatan, FBM KLCI menunjukkan aliran penurunan berikutan sentimen pelabur yang terus berhati-hati berikutan kekurangan pemangkin bagi memacu pembelian saham.
"Walaupun perkembangan sedemikian, kami percaya penjualan ini memberi peluang kepada pelabur untuk terus meninjau bagi mendapatkan saham berharga rendah.
"Namun, kami masih kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran yang meningkat dan menjangkakan indeks penanda aras itu mencatat konsolidasi sehingga petunjuk lebih jelas dapat dilihat," katanya kepada Bernama.
Beliau menjangkakan indeks penanda aras itu bergerak dalam julat 1,580 hingga 1,590 dalam dagangan hari ini.
Sementara itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun lima sen kepada RM9.86, Tenaga Nasional susut lapan sen kepada RM13.92 dan Public Bank naik satu sen kepada RM4.01 manakala CIMB dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM6.68 dan RM6.28.
Bagi saham aktif, Ingenieur Gudang tidak berubah pada 6.5 sen, Ramssol Group turun satu sen kepada 58.5 sen, YGL Convergence kehilangan dua sen kepada 22.5 sen, JCY International naik tiga sen kepada 72.5 sen dan Eden Inc meraih satu sen kepada 18 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 7.61 mata kepada 12,150.76 dan Indeks FBMT 100 naik 11.12 mata kepada 11,738.56.
Indeks FBM Emas Syariah menokok 1.60 mata kepada 12,527.51, Indeks FBM 70 naik 40.90 mata kepada 17,760.34 dan Indeks FBM ACE meraih 30.13 mata kepada 5,651.26.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 23.92 mata kepada 17,329.60, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.13 mata kepada 196.01 dan Indeks Perladangan turun 12.33 mata kepada 6,995.79.
Indeks Tenaga bagaimanapun menambah 0.01 mata kepada 953.54.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Pada 9.10 pagi ini, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.62 mata kepada 1,581.76 daripada paras 1,585.38, semalam.
UTM terima 3,154 pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025
Seramai 2,977 pelajar mendaftar pengajian di kampus UTM Johor Bahru dan 177 pelajar di kampus UTM Kuala Lumpur.
Malaysia alu-alukan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan organisasi media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah Khamis dalam persekitaran sentimen serantau bercampur-campur berikutan impak daripada dasar monetari China.
Belian lewat bantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi
Belian lewat telah membantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi selepas jatuh pada tengah hari di tengah-tengah sentimen lembap dalam pasaran serantau.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan sentimen kukuh global
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.59 mata kepada 1,672.96 daripada 1,670.37 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring prestasi pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran Asia lain yang mendapat rangsangan daripada kenaikan di Wall Street.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan
Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok sebanyak 5.10 mata kepada 1,670.75 daripada paras penutup 1,665.65, semalam.