KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bercampur-campur ketika memulakan urus niaga pada Rabu, menjejaki prestasi semalaman Wall Street selepas mencatat aliran peningkatan ketara baru-baru ini.
Pada 9.05 pagi ini, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.28 mata kepada 1,450.82 daripada paras penutup pada 1,453.10.
Indeks petunjuk utama itu dibuka turun 0.56 mata kepada 1,452.54.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 161 berbanding 149 manakala 284 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,634 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 278.18 juta unit bernilai RM71.76 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata pasaran di Amerika Syarikat dijejaskan lagi oleh tindakan bank Britain Barclays menurunkan penarafan Apple yang disusuli dengan sahamnya merosot sebanyak tiga peratus.
Dow Jones naik 25 mata manakala Nasdaq susut 245 mata dan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat kepada 3.94 peratus.
Di Hong Kong, Indeks Hang Seng memulakan tahun baharu 2024 dengan kurang memberangsangkan, dijejaskan oleh sentimen yang kekal berhati-hati berikutan data ekonomi terkini China yang memaparkan pemulihan tidak sekata dengan keyakinan keseluruhan masih lemah.
Dalam pada itu di peringkat tempatan, FBM KLCI diniagakan lebih rendah apabila dagangan kekal kurang memberangsangkan dalam prestasi serantau yang bercampur-campur.
Malah, beberapa khabar angin membabitkan senario politik terus menjejaskan minat terhadap pasaran saham tempatan.
"Bagaimanapun, kami percaya sekarang merupakan masa yang tepat untuk membeli beberapa saham perbankan dan pembinaan memandangkan banyak prospek berkaitan pekerjaan yang sedang dirancangkan. Oleh itu, indeks utama dijangkakan bergerak dalam aliran 1,450-1,460 hari ini," kata Thong kepada BERNAMA.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank tidak berubah iaitu masing-masing pada RM8.92 dan RM4.28, CIMB meraih satu sen kepada RM5.85, Tenaga turun 2.0 sen kepada RM9.96, Petronas Chemicals menokok 3.0 sen kepada RM7.18 dan IHH Healthcare turun 3.0 sen kepada RM5.96.
Bagi saham aktif, MMAG meningkat 4.5 sen kepada 17 sen, Hong Seng Consolidated dan Sapura Energy tidak berubah pada 3.0 sen dan 5.5 sen, DNonce meraih 4.0 sen kepada 19.5 sen dan Alam Maritim menokok setengah sen kepada 3.0 sen.
Indeks FBM ACE naik 18.46 mata kepada 5,373.01, Indeks FBM Emas turun 12.16 mata kepada 10,808.82 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 12.42 mata kepada 10,468.68.
Pada masa sama, Indeks FBM 70 turun 0.85 mata kepada 14,632.80 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 18.68 mata kepada 10,959.59.
Bagi sektor, Indeks Hartanah turun 0.28 mata kepada 864.06 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.23 mata kepada 174.59 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 0.77 mata kepada 16,287.50.
Indeks Perladangan susut 16.91 mata kepada 6,951.22 manakala Indeks Tenaga turun 2.08 mata kepada 817.29.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
![Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682562781_BURSAMALAYSIA.jpg)
Pada 9.05 pagi ini, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.28 mata kepada 1,450.82 daripada paras penutup pada 1,453.10. -Gambar fail/Bernama
![Azlan Man terima cek lebih RM600,000 daripada syarikat pelancongan - Saksi Azlan Man terima cek lebih RM600,000 daripada syarikat pelancongan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721298125_DatukSeriAzlanMan.jpg)
Azlan Man terima cek lebih RM600,000 daripada syarikat pelancongan - Saksi
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menerima tiga cek daripada sebuah syarikat pelancongan dari 2014 hingga 2016.
![Harimau Malaya kini ranking ke-134 dunia Harimau Malaya kini ranking ke-134 dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721297797_harimaumalayaFAM.jpg)
Harimau Malaya kini ranking ke-134 dunia
Skuad Harimau Malaya melonjak satu anak tangga untuk menduduki tempat ke-134 dunia berdasarkan ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.
![Hard Rock Cafe Ipoh sasar 70,000 pengunjung tahun ini Hard Rock Cafe Ipoh sasar 70,000 pengunjung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721297499_TBHardRockCafe.jpg)
Hard Rock Cafe Ipoh sasar 70,000 pengunjung tahun ini
Hard Rock Cafe Ipoh menyasarkan menarik kira-kira 70,000 pengunjung ke kafe tersebut tahun ini.
Syarikat tempatan perlu kerjasama dengan lebih banyak pihak
Pendekatan itu perlu melibatkan kerjasama erat antara pihak kerajaan, industri, akademia dan masyarakat sivil dengan mengutamakan penjagaan alam sekitar.
Jualan kenderaan dijangka terus kukuh pada separuh kedua 2024
Keadaan itu disokong terutamanya oleh usaha penghantaran berterusan Perodua dalam menyelesaikan baki tempahan semasa sebanyak 100,000 unit selain pesanan baharu yang masih stabil.
MITI lulus 2,700 projek pembuatan, hanya dua peratus dibatalkan
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih 80 peratus daripada projek itu sudah bermula dan telah dilaksanakan.
Ranking Daya Saing: MOF, MITI tubuh jawatankuasa, baiki ranking negara
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan beliau dan Menteri Kewangan dua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
![Muhammad Salman wakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California Muhammad Salman wakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721291836_TBACP.jpg)
Muhammad Salman wakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California
Muhammad Salman Jun Azmi, dipilih mewakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California, Amerika Syarikat.
Perjalanan reformasi struktur di Malaysia masih jauh - Pakar
Tindakan kerajaan menyelaraskan semula subsidi diesel diumpamakan sebagai langkah awal menuju perubahan dan pembaharuan yang menyeluruh. Namun, menurut penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, perjalanan ke arah reformasi struktur yang lengkap adalah masih jauh, dan pembaharuan perlu terus dilaksanakan untuk memastikan ekonomi negara lebih kukuh dan berdaya saing pada masa akan datang.
Pengurangan 10 peratus subsidi RON95 kecilkan defisit fiskal sebanyak 0.2 peratus
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menganggarkan pengurangan 10 peratus subsidi bahan api RON95 boleh mengurangkan defisit fiskal sebanyak kira-kira 0.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
![Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi rendah kemudiannya berikutan sentimen dagangan yang berhati-hati susulan prestasi Wall Street semalaman.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan sokongan belian asing yang berterusan, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.
![Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721022527_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi Bursa Malaysia dibuka tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704944594_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.94 mata kepada 1,620.0 daripada 1,619.06 pada Jumaat lepas.
![Hanya 18 peratus dalam 13 sektor terima pemarkahan ESG - Bursa Malaysia Hanya 18 peratus dalam 13 sektor terima pemarkahan ESG - Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Hanya 18 peratus dalam 13 sektor terima pemarkahan ESG - Bursa Malaysia
Hanya 18 peratus daripada jumlah syarikat dalam 13 sektor ekonomi termasuk yang berada di Pasaran ACE diberi markah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh empat agensi penarafan.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila para pelabur mengambil keuntungan dalam kaunter teknologi dan utiliti terpilih susulan kenaikan sederhana tiga hari berturut-turut pada minggu ini.
![Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur
Bursa Malaysia rendah semasa awal dagangan pada Jumaat, berikutan prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.